PENGKALAN CHEPA, 11 Julai: Pelajar digalakkan mempelajari selok belok peraturan 
jalan raya secara praktikal dan bukan teori semata-mata, kata Pengerusi Majlis 
Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Kelantan, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah. 

Beliau berkata, pelajar lebih mudah memahami mengenai peraturan lalu lintas 
apabila diberi pendedahan secara amali dan bukan teori sahaja.

“Oleh itu kempen keselamatan jalan raya yang diadakan cukup penting dan ia 
boleh memberi kesan yang mendalam kepada mereka. Ini kerana pelajar diajar 
mengenai peraturan-peraturan sebenar seperti berada di atas jalan raya.

“Selain itu, cara-cara pengunaan kenderaan dengan betul turut didedahkan,” 
katanya ketika merasmikan Program Pendidikan Lalulintas Shell Sekolah-Sekolah 
Peringkat Negeri Kelantan di Padang Tembak di sini, hari ini.

Turut hadir, Eksekutif Shell Malaysia Bhd, Redza Ramli, wakil Pengarah 
Pelajaran Kelantan, Anuar Mohd Nor, wakil ketua polis negeri dan Pengarah 
Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Ustaz Abdul Rahman Yunus.

Statistik kemalangan jalan raya yang dikeluarkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) 
pada tahun 2004 adalah sebanyak 326,817 kes, membabitkan 6,223 kes kematian dan 
56 peratus atau 3,487 kematian adalah melibatkan pembonceng dan penunggang 
motosikal.

Manakala bagi tempoh yang sama terdapat 7,253 kes kemalangan jalan raya yang 
berlaku di Kelantan, di mana 279 kes melibatkan kemalangan maut. 

Wan Abdul Rahim berkata, sasaran MKJR Kelantan iaitu menurun sebanyak lima kes 
kematian bagi setiap 10,000 kenderaan serta tiga kematian setiap 10,000 
kenderaan menjelang tahun 2010.

“Untuk mencapai sasaran itu, MKJR negeri memerlukan penglibatan secara lansung 
semua pihak termasuk ibu bapa, guru-guru dan badan-badan bukan kerajaan,” 
tambah beliau yang juga Speaker DUN Kelantan.

Pertandingan lalu lintas itu berlangsung selama seminggu, membabitkan seramai 
1,071 pelajar daripada 63 sekolah dari seluruh Kelantan. Setiap peserta 
dikehendaki menjawab soalan kuiz berkomputer, ujian bertulis dan acara litar.

http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1593


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke