PASIR PUTEH 12 Julai - Tiga pelajar adik-beradik cedera selepas terjatuh ketika menyeberangi jambatan yang sebahagiannya roboh akibat banjir tahun lepas di Kampung Seligi Tok Harun di sini semalam.
Nursuhada dan Fatinasuha Ghazali, masing-masing pelajar tingkatan dua dan tingkatan empat Sekolah Menengah Seri Maharaja, Bukit Abal serta adik mereka Haslan, pelajar tahun empat Sekolah Agama Permatang Rambai di sini terjatuh semasa dalam perjalanan pulang dari sekolah pada pukul 2 petang. Bapa mereka, Ghazali Ahmad, 52, berkata, kejadian itu berlaku apabila anak-anaknya itu yang menunggang sebuah motosikal tergelincir ketika meniti di atas beberapa keping papan di jambatan itu. ``Anak saya bernasib baik kerana cedera ringan di bahagian kepala, muka dan kaki dan diberi rawatan pesakit luar di Hospital Tengku Anis Pasir Puteh,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya hari ini. Bagaimanapun, katanya, ketiga-tiga beradik itu dinasihatkan agar mendapatkan rawatan susulan selepas terjatuh di atas batu di bawah jambatan setinggi kira-kira lapan meter. ``Saya bersyukur kerana motosikal yang ditunggangi tidak terjatuh sama yang kemungkinan boleh menghempap mereka dan menyebabkan kecederaan yang lebih teruk,'' katanya. Sementara itu, Anggota Dewan Undangan kawasan Selising Amran Mat Nor berkata kerajaan pusat sudah meluluskan peruntukan RM500,000 untuk membina semula jambatan berkenaan. Beliau berkata tender sudah dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan yang akan dibina pada bila-bila masa. Katanya kira-kira 500 penduduk Kampung Seligi dan Kampung Bendang termasuk pelajar sekolah menggunakan jambatan itu setiap hari untuk berulang-alik ke sekolah, kebun dan pekan berdekatan.//UM http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1599 __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
