KOTA BHARU: Kelantan khususnya Kota Bharu masih kekurangan tempat hiburan yang 
sesuai untuk kunjungan seisi keluarga bagi mengisi masa lapang, terutama ketika 
cuti hujung minggu.

Sejak tiga tahun lalu, panggung wayang Odeon yang beroperasi di tingkat tiga 
Bazaar Buluh Kubu di sini, ditutup kerana sambutan dingin berikutan arahan 
pengasingan penonton dan perlu dipasang lampu ketika tayangan filem.

Ketika ini, tempat riadah yang menarik hanyalah Taman Awam Tengku Anis di Jalan 
Pengkalan Chepa, menjadi tumpuan pengunjung, manakala Infogaleri Tengku Anis di 
Pengkalan Kubor pula terlalu jauh.

Ketua Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Azman Mohd 
Daham, mengakui lokasi untuk berhibur bagi seisi keluarga di bandar ini masih 
kurang.

Katanya, terbaru MPKB meluluskan operasi pusat hiburan yang menempatkan 
pelbagai permainan yang sesuai untuk kanak-kanak di pusat beli-belah KB Mall 
bandar ini.

"Ketika ini, penduduk Kota Bharu memang kekurangan tempat hiburan lain yang 
sesuai, sekali gus memenuhi syarat yang ditetapkan oleh MPKB.

"Namun, MPKB ada menyediakan tempat beriadah iaitu di Taman Awam Tengku Anis, 
yang dilengkapi pelbagai kemudahan untuk dikunjungi seisi keluarga," katanya di 
sini, semalam.

Kira-kira 30 tahun lalu, Kota Bharu mempunyai kemudahan panggung wayang 
termasuk Lido dan Odeon di Jalan Tengku Putera Semerak serta Jalan Sultanah 
Zainab di sini yang menjadi tumpuan golongan muda. 

Azman berkata, sejak Kelantan diterajui Pas mulai 1990, panggung wayang 
dikenakan peraturan baru termasuk dikehendaki memasang lampu samar-samar ketika 
filem ditayangkan.

"Selain itu, penonton lelaki dan perempuan, kecuali suami isteri yang tidak 
mempunyai hubungan mahram diasingkan.

"Berikutan peraturan itu, panggung wayang di bandar gulung tikar kerana tidak 
mendapat sambutan," katanya.

"MPKB masih membuka peluang kepada syarikat yang ingin memohon lesen 
mengusahakan panggung wayang atau mini teater di bandar ini.

"Tetapi pengusaha mesti mematuhi syarat lesen yang dikenakan selama ini iaitu 
mengasingkan tempat duduk bagi mereka yang bukan mahram dan memasang lampu 
samar ketika tayangan berlangsung," katanya.

Tinjauan ke Capcom Station KB Mall di sini, mendapati ramai murid berkunjung ke 
pusat hiburan untuk kanak-kanak itu yang menyediakan kira-kira 20 mesin 
permainan di premis perniagaan berkenaan, semalam.//Bha 13 Julai

http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1598



                
---------------------------------
Yahoo! Mail
 Stay connected, organized, and protected. Take the tour

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke