Sekitar Parlimen - Sedutan ucapan YB Haji Abdul Fatah Harun (PAS - Rantau 
Panjang) semasa membahaskan Draf Bagi Perintah Perlembagaan Persekutuan 
(Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihanraya)(Negeri Sarawak) 2005 pada 4 Julai 
2005.

****************************************************************************

 

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Kalau tidak ada projek di Kelantan, apa 
guna JPP di Kelantan? Angkat JPP mari balik ke Persekutuan, tinggal Perbadanan 
PAS sahaja, Perbadanan Negeri ada. Jabatan Pembangunan Persekutuan gulung 
tikarlah, sudah tidak ada projek, ini malu semua. Tengok ini Menteri 
Pembangunan Luar Bandar, baik hati, sekurang-kurangnya dia tahu. Bukan hendak 
puji dia tetapi yang betul, kita cakap betul, keikhlasan dia betul, ada pun 
menteri-menteri lain, lain ceritanya.

 

Saya tidak kata Menteri lain itu tidak ada simpati dengan Kerajaan Kelantan - 
tidak, tetapi kurang sedikit terutama sekali Menteri Sains, Teknologi dan 
Inovasi, tidak ada apa pun Kelantan bagi……….[Dewan Riuh]………...tidak bagi, saya 
tunggu, tunggu tidak ada apa pun di Kelantan. Rakyat Kelantan pun tunggu juga, 
kalau ada Menteri tulus, ikhlas itu bagilah, tidak bagi pun. Hendak juga, ini 
sedap ini Menteri, hendak umum ini, hendak umumkah, hendak umum sila.

 

Tuan Yang di-Pertua: Tekan lagi, tekan lagi……….[menunjuk ke arah Menteri Sains, 
Teknologi dan Inovasi supaya menekan mikrofon]

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. 
Jarjis]: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana saya tidak berhajat untuk bangun 
tetapi kerana nama saya disentuh. Saya hendak bertanya sedikit, minta sedikit 
maklumat apa yang dinyatakan. Adakah kerana tidak ada signboard katakan 
Kerajaan Kelantan adalah kerana Kemungkinan di Kelantan tidak ada projek yang 
diusahakan oleh Kerajaan Kelantan, sebab itu tidak ada signboard dia, tidak ada 
papan tanda.

 

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Terima kasih. Kalau hendak kata Kelantan 
tidak ada projek menyebabkan tidak ada papan tanda, itu tidak munasabah sangat 
sebab kalau kita tengok laporan audit itu, banyak audit yang dia query tentang 
projek-projek yang dibuat oleh Kerajaan Kelantan, yang mereka tidak puas hati, 
ada banyak, maknanya projek itu ada, sama ada sempurna atau tidak buat - itu 
cerita lain, projek tetap ada.

 

Menteri Kerja Raya ini, berapa banyak dia bagi Kelantan, ini juga saya boleh 
puji dia. Rancangan Malaysia Ke-9 ini saya tengok banyak Kelantan nampak 
gayanya. Kerajaan Kelantan sebenarnya, saya tidaklah hendak bangga sangat kalau 
saya kata kalau Kerajaan Kelantan seperti mana Kerajaan Barisan Nasional 
lain-lain negeri, saya rasa tidak boleh berjalan jalan-jalan kampung ini. 
Inilah satu lagi projek Kerajaan Pas Kelantan, inilah satu lagi projek Pas 
Kelantan daripada kita membuat demikian lebih baik kita mendiamkan diri.

 

Biarlah rakyat anggapkan inikah sahaja projek Kerajaan Barisan Nasional yang 
ditulis itu, yang tidak ada tulis itu, itu siapa punya, rakyat boleh menilai 
sebab itulah saya haraplah supaya Kerajaan Barisan Nasional ini jangan ghairah 
sangat menipu rakyat di

kampung, tidak payah tulislah rakyat boleh nilai. Kalau Sabah, Sarawak itu 
tidak ada apa, tidak payah tulis pun tidak apa, rugi papan tanda rugi sahaja. 
Rakyat boleh nilai kecuali kerajaan merasai bahawasanya apa yang dibuat ini 
tidak boleh dinilaikan oleh rakyat. Seolah-olah rakyat itu bodoh tidak boleh 
menilaikan apa yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional di Sarawak, lain 
cerita.

 

Kita pergi balik kepada persempadanan semula. Saya tengok ada tiga kategori 
cara pemilihan, di antaranya; purata pemilih bagi negeri Sarawak - tengok, 
antara A antara 15,000 sehingga 20,000 pemilih. Ini kawasan dia, agak kawasan 
maju. Saya tidak boleh hendak mengetahui sama ada kawasan maju yang dimaksudkan 
oleh aspek itu maju dari segi pemikiran rakyat atau maju dari segi industri, 
maju dari segi pembangunan, saya tidak tahu. Ini akan dijawab oleh pihak 
Menteri.

 

Seorang Ahli Kerajaan: Pasir Puteh, Pasir Puteh.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Nanti sekejap, saya akan bagi. Yang kedua 
ialah kawasan yang dianggap kategori B antara 10,000 sehingga 14,900 pemilih. 
Kawasan kurang maju dan kawasan sedang membangun. Ini dia sebut kawasan sedang 
maju, sedang membangun. Barangkali, daripada segi pembangunan bukan dari segi 
pemikiran rakyat itu.

 

Kategori C ialah di bawah 9,000 pemilih - kawasan luar bandar belum maju 
disebut ini ada 29 kawasan kesemuanya, kawasan luar bandar. Saya minta supaya 
pihak kerajaan memberi penjelasan takrif maju dari segi apa yang dikatakan maju 
dan yang kurang maju, juga belum maju, yang belum maju ini barangkali yang 
tidak akan maju bukan setakat belum maju, tidak akan maju selama-lamanya 
barangkali. Minta Pasir Puteh, sila.

 

Tuan Yang di-Pertua: Pasir Puteh.

Dato Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: Terima kasih Tuan Yang 
di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat dan rakan daripada Rantau Panjang. Kita 
sebut rakan juga walaupun dia pembangkang. Saya hendak jawab sedikit mengenai 
dengan papan tanda itu. Sebenarnya dia tidak tulis projek UMNO, dia tidak ada 
tulis projek Barisan Nasional. Dia tulis ialah projek Kerajaan Persekutuan, JPP 
itu tidak salah.

 

Barangkali kalau bagi dekat Pas besok, dia tulis, Kerajaan Pas, Kerajaan Pas. 
Itu salah mana ada guna duit kerajaan untuk parti. Parti is parti, kerajaan, 
kerajaan. Maka, dengan sebab itu saya yakin bahawa saudara saya dari Rantau 
Panjang dia lebih lama pada saya dalam Dewan ini, tetapi apabila saya ambil 
alih Pasir Puteh, 15 tahun Tuan Yang di-Pertua, jalan itu berlubang-lubang 
sudahlah satu, saya tukar tayar 2 bulan sekali. Biasa tayar ini setahun, dia 
ada guarantee tetapi 2 bulan sekali. Pasal apa, pergi melawat kawasan teruk, 
jalan tar ini kalau sudah berlubang teruk baik tiada tar, kerana hendak tampung 
tar itu belanja kos yang tinggi. Kerajaan negeri tidak ada duit, saya cerita 
terus teranglah, hakikat sebenarnya.

 

Maka dengan sebab itu apabila Kerajaan Persekutuan buat projek, dia kena tulis 
sebab kalau tidak tulis orang katakan, dia mengaku ini adalah kita habis duit 
kerana buat jalan. Padahal Kerajaan Persekutuan buat jalan. Apabila masjid 
tidak boleh cat, kita bagi hampir RM3 juta tahun ini untuk cat masjid, repair 
masjid Kerajaan Persekutuan bagi, tidak tulis pun di masjid itu Kerajaan 
Persekutuan, tidak tulis yang itu tetapi jalan kena tulis pasal dia kata, 
“Jalan elok ini mungkin Dato’ Seri S. Samy Vellu bagi ini, Menteri Kerja Raya”, 
tetapi ialah kita buat. Kita habis duit kerana ini. Jadi kita tulislah. Salah 
tidak macam itu, setuju tidak?

 

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Terima kasih. Saya ada setuju, ada tidak 
setuju, yang tidak setuju itu masalah tulisan tadi. Sebenarnya masih lagi 
ditulis situ, inilah satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional. Walaupun tidak 
kata UMNO tetapi Barisan Nasional, masih lagi kekal begitu, saya boleh tunjuk 
bukti, gambar saya tidak bawa hari ini, biasa saya bawa gambar-gambar itu 
hendak bukti di Parlimen tetapi secara tidak langsung hari ini saya tidak bawa, 
saya minta maaf.

 

Kemudian masalah jalan luar bandar tidak buat 15 tahun lebih, betul sebab JPP 
tidak main peranan waktu itu kerana UMNO yang menyekat. JPP pegawai-pegawai dia 
bagus, pegawai-pegawai Jabatan Pembangunan Persekutuan yang ada di Kelantan itu 
memang semua bagus. Memang hendak buat projek-projek ini, kasihan dekat rakyat 
Kelantan, dia tahu duit pun ada. Menteri Pembangunan Luar Bandar pun banyak 
bagi kepada JPP tetapi bila hendak buat, UMNO kata kalau hendak buat 
menguntungkan Pas baik tidak buat. Dia rela tidak buat jalan itu kerana takut 
menguntungkan Pas. Ini politik, politik teruk sangat ini UMNO Kelantan saya 
sebut ini, UMNO Kelantan bukan Sarawak ini.

 

Kita harap kalau UMNO hendak menang di Kelantan ini kena buka minda sedikit, 
gentlemen sedikit, cara lain, jangan main politik lama. Kalau main politik lama 
tidak menang Kelantan kerana sudah tahu cara menilainya. Baik saya hendak pergi 
terus pada yang ini penggunaan EGIS ini. Election Geographical Information 
System ini.

 

Saya hendak ucap terima kasih banyak kepada pihak SPR ini. Menggunakan kaedah 
ini, saya rasa kaedah ini lebih mudah dan lebih cepat kaedah, ini yang 
dahulunya tidak pernah digunakan. Nampaknya Sarawak barangkali kali pertama 
digunakan untuk mengambil data-data bagi membantu memudahkan tugas 
persempadanan semula seperti ini dan kalau digunakan waktu dahulu, saya rasa 
lebih tepat dan lebih cepat lagi. Oleh kerana Sarawak barangkali keadaannya 
agak teruk sedikit. 

 

Maka pihak SPR dibenarkan menggunakan kaedah EGIS ini. Saya terima kasih 
banyaklah kepada pihak SPR dan akhir sekali ialah saya hendak sebut berkenaan 
dengan apa yang disyorkan oleh pihak tertentu khususnya daripada pihak rakyat, 
daripada pihak Ahli Parlimen Bandar Kuching yang telah mengesyorkan ini, saya 
harap ulasan keputusan yang dibuat oleh SPR ini ditimbang semula kerana 
kadang-kadang keputusan yang dibuat itu tidak logik, alasan tidak logik, 
seperti mana apa yang berlaku dua tahun lepas.

 

Apabila kami memberi alasan-alasan, sebab-sebab ataupun syarat-syarat rayuan 
itu, tetapi dalam jawapannya ialah cukup-cukup tidak memuaskan, tetapi oleh 
kerana peluang bagi kita untuk merayu kali yang kedua tidak ada lagi. Maka 
menyebabkan semua rayuan kita itu ditolak dengan alasan-alasan yang boleh 
dipertikaikan lagi oleh
pihak yang membuat bantahan dan rayuan tersebut. Pasal itulah benda yang saya 
sebut pada hari ini, dan saya harap pihak SPR khususnya sewaktu kita hendak 
meluluskan laporan ini supaya memberi penjelasan yang sebaik-baik, dan memberi 
peluang kepada pihak kami untuk mengajukan beberapa pertanyaan lagi sebelum 
pengundian ini dibuat. Sekian, terima kasih. 

http://www.perakan.net/modules/wfsection/article.php?articleid=107

                
---------------------------------
 Start your day with Yahoo! - make it your home page 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke