KOTA BHARU: Seorang lelaki terkejut apabila menerima surat bank memintanya 
supaya menjelaskan bil dua kad kredit yang didakwa tidak pernah digunakannya 
berjumlah RM3,886.20. 

Mohd Faizol Yusoff, 45, berkata dia turut hairan apabila mendapati kedua-dua 
kad kredit itu hanya digunakan di stesen minyak dalam nilai yang agak banyak. 

Menurutnya, dia pernah mengisi borang memohon kad kredit di sebuah bank yang 
sedang menjalankan promosi pada 2003. 

Bagaiamanapun, katanya, dua kad kredit yang dipohon itu tidak sampai ke 
tangannya.

“Apa yang saya tahu kedua-dua kad kredit yang dipohon menggunakan kad 
pengenalan dan alamat rumah saya di Jelawat, Bachok. 

“Saya bimbang kemungkinan kad kredit itu diklon atau disalahguna pihak yang 
mengetahui selok-belok urusan melalui kad kredit,” katanya. 

Faizol berkata, pada 4 Julai lalu dia terkejut apabila mendapat surat penyata 
sebuah bank supaya menjelaskan bayaran kad kredit Visa RM1,770 dan Master, 
RM2,116.20. 

Menurutnya, kedua-dua kad kredit itu tidak pernah digunakannya malah tidak 
pernah melihat kad itu. 

“Apa yang menghairankan saya semua catatan pada penyata yang dihantar 
menunjukkan ia digunakan untuk mengisi minyak di tiga daerah iaitu Kota Bharu, 
Machang dan Pasir Mas. 

“Pengguna ini pula agak pelik kerana mengisi minyak dalam kuantiti banyak,” 
katanya. 

Difahamkan, ada satu catatan dalam bil diterima Faizol menunjukkan pengguna kad 
kredit itu menggunakan RM815 dalam masa beberapa jam bagi mengisi minyak. 

Beliau berkata, selepas mendapat bil berkenaan dia terus membuat laporan di Ibu 
Pejabat Polis Daerah (IPPD) Bachok sebelum dirujuk ke IPPD Pasir Mas. 

Selain itu Faizol juga kesal dengan pengurusan bank terbabit yang tidak 
menghiraukan permintaannya supaya menghentikan penggunaan kad kredit itu.

“Saya meminta penggunaan kad kredit dibekukan pada 20 Jun lalu, namun ia 
didapati aktif semula pada 28 Jun. 

“Ketika menelefon bank, saya diberitahu ada orang mungkin menyamar sebagai 
dirinya mengarahkan supaya kad kredit itu disambung kegunaannya,” katanya.

Faizol berkata, bank yang dihubungi hanya menyatakan pihaknya akan menyiasat 
kejadian itu selain memberitahu ia kejadian pertama seumpama itu. //HM 13 Julai

http://www.perakan.net

 
 
     

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke