"Saya tidak niat mengugut, tetapi cara itu terbukti berjaya," kata Husam
KOTA BHARU, 17 Julai: Exco kerajaan negeri Kelantan, Husam Musa menegaskan, beliau tidak berniat sedikitpun untuk mengugut mana-mana pihak ketika memberikan tempoh 10 hari kepada KADA untuk membaiki jambatan yang rosak di Kampung Dendang. Tetapi, dengan bermulanya kerja-kerja pembaikian membuktikan bahawa tempoh masa yang saya berikan telah berjaya mendesak KADA untuk menjalankan kerja dengan kadar segera, kata Husam. Husam juga berkata, tidak timbul juga sama sekali soal kepentingan politik ketika beliau membuat kenyataan itu kerana masalahnya sudah lama berlarutan. Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Ketereh, Md Alwi Che Ahmad yang disiarkan sebuah akhbar hari ini. Che Alwi dalam kenyataannya, ketika merujuk laporan Harakahdaily berkata, kenyataan Husam memberikan tempoh 10 hari untuk KADA membina jambatan itu sebagai ugutan. Sebelum ini, Husam memberikan tempoh 10 hari kepada KADA untuk membaiki jambatan yang berada dalam kawasannya itu berikutan kematian seorang wargatua selepas jatuh dari jambatan yang rosak itu. Jika KADA tidak membaikinya dalam tempoh itu, pihak kerajaan negeri akan mengambil alihnya untuk dibaiki demi kepentingan penduduk tempatan. KADA adalah sebuah agensi di bawah kerajaan Pusat yang mana Pengerusinya adalah Dato Anuar Musa, Pengerusi Umno Kelantan. Berikut adalah kenyataan penuh Husam: KENYATAAN AKHBAR Saya merujuk kepada kepada kenyataan Ahli Parlimen Ketereh, Md Alwi Che Ahmad yang disiarkan oleh Berita Minggu hari ini. Tempoh masa yang saya berikan kepada KADA bagi membaiki jambatan di KG Dendang, Ketereh bukan bermaksud ugutan. Ini adalah soal kepentingan dan keselamatan rakyat yang perlu disegerakan, tidak timbul samasekali soal kepentingan politik. Masalah jambatan di KG Dendang yang dibawah selian KADA telah lama berlarutan. Perhatikan kronologinya : 1990an - mula rosak disana sini, kayu lantai reput. 1999 - Penghulu Kg Dendang Mohd Kamal Muhammad menulis surat kepada KADA. Bulan Mac 1999, KADA membuat tinjuan tetapi tiada tindakan. 27 Jun 05 - Wargatua Khatijah Rahmatullah, 65thn, lemas. 30 Jun - Bina segera jambatan rentasi tali air KG Dendang penduduk. Dakwa beberapa kemalangan turut berlaku membabitkan pelajar dan penunggang motorsikal ( UM) 01 Julai - KADA diminta baiki kemudahan di tali air ( BH ), 02 Julai - Jambatan maut masih diguna ( Harian Metro ) 04 Julai - Jambatan uzur kerana tiada peruntukan, Pengerusi KADA ( BH). 5 Julai - Lebih 100 jambatan tidak sesuai diguna : Pengerusi KADA ( UM ). Lulus RM30 ribu untuk baiki jambatan KG Dendang. 8 Julai - Saya melawat jambatan KG Dendang dan memberi tempoh 10 hari untuk KADA baiki. 13 Julai - Aktiviti membaiki jambatan maut bermula. Dengan bermulanya kerja-kerja pembaikian membuktikan bahawa tempoh masa yang saya berikan telah berjaya mendesak KADA untuk menjalankan kerja dengan kadar segera. Tiada setitik hasratpun saya ingin mempolitikkan isu ini sebagaimana didakwa, cuma mahukan keselamatan penduduk awam terpelihara. Alhamdulillah, isu jambatan Kg Dendang selesai sudah, namun kita masih mengharapkan penyelenggaran ke atas 100 lebih lagi jambatan yang diakui sendiri Pengerusi KADA sebagai uzur. HAJI HUSAM MUSA 17 Julai 2005 http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1628 --------------------------------- Start your day with Yahoo! - make it your home page [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
