KOTA BHARU, 17 Julai: Potensi sumber ekonomi menerusi sektor perikanan di negeri ini amat besar dan masih banyak ruang untuk memajukannya ke tahap lebih tinggi terutama dari segi pemasaran.
Pengarah Perikanan negeri, Abdullah Jaafar, berkata ketika ini nilai pusingan perniagaan hasil tangkapan laut di pusat pendaratan ikan Pelabuhan Tok Bali, Pasir Puteh saja, mencapai RM200 juta berbanding RM40 juta tahun lalu. Katanya, peningkatan begitu besar itu membuktikan industri perikanan amat luas yang belum diambil kira hasil serta pasaran ikan air tawar atau industri akuakultur. "Sememangnya kita (Jabatan Perikanan) menyedari potensi pembangunan ternakan ikan air tawar juga besar yang boleh dimajukan penduduk kampung dan petani. "Yang jelas di negeri ini mempunyai banyak tali air Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), tasik dan sawah terbiar yang boleh diubah suai menjadi kolam ikan air tawar," katanya. Beliau berucap pada majlis perasmian kolam ikan dan pelepasan benih ikan keli yang dilakukan Pengerusi Kada, Datuk Annuar Musa di Komuniti Bestari Kampung Teluk Chengal, Salor, dekat sini, baru-baru ini. Pada majlis itu, Annuar turut melepaskan sebahagian daripada 15,000 benih ikan keli ke dalam dua kolam sumbangan Jabatan Perikanan negeri yang diusahakan Komuniti Bestari kampung terbabit. Abdullah berkata, pihaknya bersedia bila-bila masa membantu mereka yang berminat mengusaha ternakan ikan air tawar termasuk kepada Kada bagi menjayakan projek berkenaan untuk petaninya. Katanya, jabatan itu juga menyediakan program bimbingan usahawan kepada mereka yang terbabit dalam penternakan ikan air tawar. "Kita bukan saja memberi bantuan benih ikan tetapi membimbing dan menjadikan mereka yang baru mencebur diri dalam projek ternakan ikan air tawar sebagai anak angkat," katanya. /Bha 18 Julai http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1630 __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
