TUMPAT, 17 Julai: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) mengesan ada penyeludup yang sanggup mencabut penyambung wayar minyak di meter kenderaan supaya tidak berfungsi ketika mengisi minyak diesel di beberapa stesen minyak di daerah ini.
Malah, taktik itu turut dipercayai digunakan seorang lelaki yang disyaki penyeludup untuk mengelirukan atendan pam minyak, selain untuk mengelakkan rahsia membeli minyak diesel dalam kuantiti banyak tidak terbongkar. Dalam serbuan kira-kira jam 10.30 pagi di Kampung Sri Tujuh, dekat sini, kelmarin, lelaki berusia 31 tahun itu dikesan mengguna taktik sedemikian bagi membolehkan minyak diesel diisi dalam kuantiti agak banyak dalam tangki `fiber' di bahagian belakang lorinya. Difahamkan, tangki itu mampu menampung kira-kira 2,000 liter diesel yang disambung dengan paip kepada tangki kenderaan terbabit bagi membolehkan beliau mengisi bahan bakar itu secara berlebihan di stesen minyak. Komander UPP Kelantan, Asisten Superintendan Zulkifli Ahmad, berkata dalam serbuan itu, pasukannya merampas kira-kira 1,000 liter diesel yang dianggarkan bernilai RM1,050, selain menyita sebuah lori kecil. Beliau berkata, dua anggota UPP terpaksa membuat intipan ke atas lelaki itu ketika sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Jalan Terbak, dekat sini. Katanya, selepas hampir 15 minit mengintip, pihaknya terus mengekori lori terbabit sebelum menghubungi pasukan lain bagi membantu mereka menahan lelaki itu. "Sebaik sampai di Kampung Seri Tujuh, pasukan bantuan itu terus memintas dan menghalang lori itu menyebabkan lelaki berkenaan tergamam seketika dan cuba memboloskan diri, tetapi gagal. "Hasil pemeriksaan, kami menjumpai tangki fiber yang berisi minyak diesel kira-kira 1,000 liter di belakang lori itu. "Minyak itu dipercayai cuba diseludup ke negara jiran dengan menggunakan bot menyeberangi Sungai Golok menerusi pangkalan haram, berhampiran Pengkalan Kubor itu," katanya. Katanya, semua bahan bakar itu dirampas dan lelaki itu ditahan dan diserahkan kepada Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kelantan (KPDNHEP) untuk tindakan lanjut.//Bha 18 Julai http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1636 __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
