KOTA BHARU, 19 Julai: Kerajaan Kelantan sedang mengkaji penggunaan gajah bagi 
tujuan pembalakan dalam usaha mengelakkan kerosakan alam sekitar seperti tanah 
runtuh.

Selain gajah, dua lagi kaedah yang dikaji ialah penggunaan helikopter untuk 
mengangkut balak keluar dari hutan dan jengkaut logfisher untuk kaedah 
pembalakan kren kabel panjang.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan 
Pembangunan Masyarakat, Husam Musa, berkata walaupun penggunaan gajah dianggap 
kuno, tetapi ia masih boleh digunakan kerana lebih mesra alam.
"Kita sudah menghantar pegawai mendapatkan maklumat dan meninjau lebih dekat 
penggunaan gajah untuk pembalakan di Thailand dan cadangan mengenainya akan 
dibentang pada mesyuarat akan datang," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul 
Aziz Nik Mat, mewakili kerajaan negeri menandatangani perjanjian persefahaman 
dengan perunding kajian pembalakan sistem `kren kabel panjang', Telemont Sdn 
Bhd yang diwakili Pengerusinya, Datuk Dr Abdullah Latif Mohamad.

Jentera yang diubah suai untuk kerja menarik balak bernilai antara RM800,000 
hingga RM1 juta itu sudah diuji selama lima tahun dan didapati sesuai untuk 
kegunaan kawasan cerun curam. 

Kajian dimulakan bulan depan membabitkan hutan simpan kekal tanah tinggi seluas 
115 hektar di Lojing dan dijangka mampu mengurangkan kerosakan dan hakisan 
tanah lebih 50 peratus berbanding penggunaan jentolak.

Husam berkata, sebagai permulaan kajian bagi tiga kaedah itu, Telemont dilantik 
menjalankan kajian penggunaan `logfisher' di Kompartmen 64, Hutan Simpan 
Lojing, Gua Musang.

"Kerajaan negeri akan melihat kaedah mana yang terbaik dan lebih mesra alam 
sebelum melaksanakannya," katanya.

http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1653



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke