KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Projek pelebaran jalan Kuala Lipis ke Gua 
Musang sepanjang 45 kilometer akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia 
Kesembilan (RMK-9), kata Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya, Datuk Yong 
Khoon Seng.

"Anggaran kos pembinaan projek yang terbahagi kepada dua fasa itu ialah RM142 
juta," katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Seri Lim Sing @ Lam Kam 
Sang mengenai projek pelebaran jalan berkenaan pada persidangan Dewan Negara di 
sini hari Rabu.

Menurutnya fasa pertama menaiktaraf Jalan Gua Musang ke Merapoh sepanjang 20 
kilometer membabitkan kos sebanyak RM70 juta manakala fasa kedua sejauh 25 
kilometer dari Jalan Kampung Relong, Kuala Lipis ke Merapoh di sempadan 
Kelantan menelan kos berjumlah RM72 juta.

Beliau berkata pada masa ini cadangan projek-projek untuk RMK-9 sedang dalam 
kajian dan penelitian Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.//Bernama


http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1659


 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke