KOTA BHARU, 20 Julai – Pusat Perubatan An-Nisa’ yang menawarkan perkhidmatan 
kepada ibu-ibu bersalin secara Islam terus mendapat perhatian masyarakat 
termasuk penduduk bukan Islam. 

Syarikat milik Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) itu terus 
menabur baktinya kepada penduduk tempatan dengan menawarkan khidmat bersalin 
yang setanding pusat perubatan lain. 

Memandangkan sambutan begitu menggalakkan, An Nisa melaksanakan program khidmat 
sosial bersama masyarakat baru-baru ini dengan menjemput ibu-ibu yang pernah 
mendapat rawatan di pusat perubatan tersebut bagi meraikan anak-anak mereka.

Pengurus Besarnya, Ramilan Abdul Rahman berkata, program bersama pelanggan 
diadakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim di antara An-NisaÂ’ dan 
masyarakat.

“Sejak program ini diadakan empat tahun lalu, sambutan begitu menggalakkan dan 
kami merancang program yang lebih besar diadakan pada masa akan datang,” 
katanya. 

Pelanggan yang melahirkan anak pada bulan Jun hingga Ogos tahun lepas dijemput 
memeriahkan program berkenaan. Lebih 100 pelanggan bersama anak-anak dan 
anggota keluarga mereka hadir. 

Acara menarik yang diadakan termasuk peraduan mewarna dan fesyen daripada 
suratkhabar. Adik Umar Haziq Mohd Yusli menjadi tetamu utama yang diraikan 
kerana tarikh lahirnya sama dengan tarikh majlis berkenaan diadakan. Turut 
hadir Pengurus Pentadbiran dan Kewangan An-NisaÂ’, Abdul Aziz Mohd Zin dan 
kakitangan lain.

http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1660


                
---------------------------------
 Start your day with Yahoo! - make it your home page 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke