KOTA BHARU, 20 Julai: Masalah dihadapi 50 peneroka di Kampung Pasir Dusun, Jeli 
yang diarah berpindah Polis Diraja Malaysia di atas dakwaan menceroboh tanah 
kerajaan Persekutuan akan diselesaikan segera kerajaan negeri. 

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob berkata, peneroka terbabit dibenarkan 
meneroka kawasan berkenaan pada 1968 semasa Kelantan di bawah pentadbiran 
kerajaan PAS. 

“Peneroka dibenarkan meneroka kawasan itu sejak zaman pemerintahan PAS di bawah 
Dato’ Asri Muda lagi. Bagaimanapun selepas PAS tewas, kerajaan negeri di bawah 
pentadbiran lain memberi milik tanah itu kepada Pasukan Polis Hutan (Gerakan 
Am) pada 1988 bagi pembinaan markaz.
“Kita akan mengadakan rundingan dengan pihak polis bagi menyelesaikannya. Kita 
akan bincangkan supaya dapat dikekalkan peneroka lama yang tinggal di kawasan 
tersebut,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan 50 peneroka di Pasir Dusun, Jeli dikejutkan 
dengan notis mengosongkan tanah tersebut menjelang akhir Ogos ini di atas 
arahan Ketua Polis Kelantan. 

Tanah terbabit seluas 800 ekar diteroka penduduk sejak awal 1968 selepas diberi 
kebenaran lisan bekas Menteri Besar, Dato’ Asri Muda. Bagaimanapun 20 tahun 
kemudian kerajaan Barisan Nasional memberi milik tanah berkenaan pula kepada 
pasukan polis. 

Oleh itu, Ahmad berkata, bagi menyelesaikan masalah tersebut kerajaan negeri 
bersetuju mengadakan rundingan segera dengan pihak polis. 

“Kerajaan negeri bertanggungjawab menyelesaikan masalah tersebut. Antara 
butiran perbincangan kerajaan negeri dengan pihak terbabit termasuk memastikan 
peneroka lama terus kekal di kawasan itu. 

“Biar pun kerajaan telah memberi kepada kerajaan Persekutuan, namun tanah 
tersebut belum lagi dibangunkan. Kita akan beri tanah yang lain kepada pihak 
polis untuk menyelesaikan masalah peneroka di Pasir Dusun,” katanya.

Beliau juga berkata, bidang kuasa tanah terletak sepenuhnya di bawah kerajaan 
negeri dan bukannya pihak lain. “Kita akan mengadakan perundingan dengan Ketua 
Pengarah Tanah dan Galian yang mengurus hal ehwal tanah dimiliki kerajaan 
Pusat,” tambahnya. 



http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1666



                
---------------------------------
 Start your day with Yahoo! - make it your home page 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke