KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) mengarahkan 40 
pasangan Islam yang memiliki sijil nikah palsu merujuk kes masing-masing kepada 
pejabat agama berdekatan serta berkahwin semula bagi mengelak dituduh 
bersekedudukan.

Pengarah JHEAIK, Datuk Ismail Latiff, berkata langkah itu perlu bagi memastikan 
status perkahwinan mereka sah dari segi hukum syarak, selain memudahkan 
tuntutan harta sepencarian jika berlaku perceraian.

Beliau berkata, jika pasangan itu berkahwin menggunakan khidmat wali raja, 
surat akuan perlu diperoleh daripada Mahkamah Syariah sebelum mereka menjadi 
wali raja.

"Tanpa surat akuan itu, wali raja tidak boleh menjadi wali dan perkahwinan yang 
dilangsungkan itu tidak sah dari segi hukum syarak," katanya ketika dihubungi 
di sini, semalam.

Ismail berkata, pasangan yang memiliki surat perakuan nikah palsu itu biasanya 
mengguna khidmat individu yang menyamar sebagai imam dan perbuatan itu boleh 
menyebabkan mereka menghadapi tuduhan bersekedudukan.

"Oleh itu, pasangan yang memiliki sijil nikah palsu perlu rujuk kes mereka 
kepada pejabat agama berhampiran dan berkahwin semula bagi memudahkan urusan 
syarie kepada pasangan terutama isteri," katanya.

Beliau berkata, laporan kepada pejabat agama akan memudahkan kes mereka 
disiasat selain memudahkan pihak yang terbabit dengan sindiket memalsukan sijil 
perakuan nikah palsu itu ditahan pihak berkuasa.

"Kita mengesan orang tertentu di negeri ini yang menyamar sebagai imam dan 
mempunyai hubungan rapat dengan sindiket di negara jiran untuk mencari pasangan 
bermasalah yang ingin melangsungkan pernikahan dengan bayaran antara RM1,800 
hingga RM2,000 lengkap dengan buku sijil nikah," katanya.

Akhbar ini semalam melaporkan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) 
mengesan sekurang-kurangnya 40 kes sijil nikah palsu negeri ini diguna untuk 
mengesahkan perkahwinan pasangan yang berlangsung di negara jiran.

Kegiatan itu didalangi pihak tertentu sejak tahun lalu yang menyamar menjadi 
imam serta memiliki cop, tanda tangan imam dan buku nikah palsu, kononnya 
dikeluarkan Pejabat Agama Islam Daerah Pasir Puteh.//Bha 21 Julai

http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1664



                
---------------------------------
 Start your day with Yahoo! - make it your home page 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke