Saki-baki kumpulan ajaran sesat itu mungkin bersembunyi di Pasir Puteh dan 
Perkampungan Orang Asli di Gua Musang

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) akan mengambil 
tindakan undang-undang terhadap saki-baki kumpulan ajaran sesat Ayah Pin dari 
Terengganu yang kini dikatakan melarikan diri ke negeri ini.

Pengarah JHEAIK, Datuk Ismail Latiff, berkata mereka akan dikenakan tindakan 
mengikut Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) No 
2/1985.

Beliau berkata, pihaknya percaya saki-baki kumpulan ajaran sesat itu mungkin 
bersembunyi di beberapa daerah negeri ini kerana sebelum ini pernah bertapak di 
Pasir Puteh serta Perkampungan Orang Asli di Gua Musang.

Katanya, beliau sudah mengarahkan penguat kuasa JHEAIK memantau segera beberapa 
kawasan yang dikesan dijadikan tempat persembunyian saki-baki kumpulan Ayah Pin.

“Kita meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat kepada JHEAIK mengenai 
individu yang mungkin saki- baki kumpulan Ayah Pin menerusi tindak-tanduknya 
yang mencurigakan terutama dalam amalan berzikir.

“Saya juga akan mendapatkan pandangan daripada Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa 
Kebangsaan untuk memastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap pengikut Ayah 
Pin.

“Jika siasatan mendapati ada penduduk tempatan menjadi pengikut ajaran sesat 
itu, mereka akan didakwa di mahkamah,” katanya katanya ketika dihubungi, di 
sini, semalam.

Sementara itu, Polis Kelantan kini membuat pemantauan berterusan terhadap 
kegiatan ajaran sesat Ayah Pin yang dikesan menular ke negeri ini, sejak 
kebelakangan ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Zuber Sharif, berkata polis meminta kerjasama orang 
ramai yang mempunyai maklumat berhubung pengikut kumpulan Ayah Pin di negeri 
ini supaya melaporkan di balai polis berdekatan.

“Ini memudahkan polis mengambil tindakan segera terhadap kumpulan terbabit,” 
katanya ketika dihubungi di pejabatnya, semalam.

Pengikut ajaran sesat Ayah Pin dipercayai mula berpindah keluar dari 
perkampungan mereka di Batu 13, Hulu Besut, selepas kawasan itu diceroboh 
kira-kira 50 lelaki berjubah dan bertopeng yang memusnah dan merosakkan 
pelbagai replika di situ, awal pagi kelmarin.//Bha 21 Julai

http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1663



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke