Kota Bharu, 24 Julai: Pemimpin peringkat akar umbi khususnya pneghulu (ketua kampung) di Kelantan mendapat pujian kerana berjaya menunjukkan kerjasama yang padu kepada program-program anjuran kerajaan.
Exco Kerajaan Negeri Tuan Haji Takiyuddin Hassan bersama YDP MPKB, Haji Abdul Aziz Abdul Rahman mengecat masjid kampung Paya Senang ketika merasmikan program Majlis Muafakat MPKB Bandaraya Islam baru-baru ini. “Setiap kali program-program yang melibatkan orang ramai, kita dapat melihat dengan jelas peranan penghulu yang sentiasa bertungkus lumus tanpa mengenal penat,” kata Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Haji Takiyuddin Hassan ketika merasmikan Program Majlis Muafakat Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) Bandaraya Islam di kampung Paya Senang Sabtu. Menurut beliau, sebagai pemimpin masyarakat para penghulu perlu melengkapkan diri dengan ilmu keagamaan dan dan kemasyarakatan. Beliau melahirkan rasa gembira kerana kebanyakan penghulu di negeri ini bukan saja cekap dalam menguruskan kerja-kerja kemasyarakatan malah turut berkemampuan dalam mengendalikan urusan keagamaan. “Saya bersyukur kerana kebanyakan penghulu mampu mengambil alih tugas sebagai imam dan menguruskan kematian,” katanya. Berhubung usaha merealisasikan pengisytiharan Kota Bharu Bandaraya Islam Oktober depan, Takiyuddin yakin seluruh lapisan masyarakat akan memberi kerjasama sepenuhnya. Sifat sebagai bandaraya Islam yang memang telah sebati dengan masyarakat Kelantan kata beliau perlu dipertingkatkan untuk mencapai cirri-ciri yang telah ditetapkan oleh kerajaan. “Kita telah memilih tema-tema utama iaitu keilmuan, kepatuhan, kebersihan, kesejahteraan dan kebajikan untuk dijadikan teras bandar kita,” ujar beliau. Beliau turut mengumumkan beberapa program utama yang akan mengiringi majlis pengisytiharan Kota Bharu Bandaraya Islam yang bakal disempurnakan oleh Baginda Sultan Kelantan. Antara program besar kata beliau ialah gotong royong perdana, bazaar pendana dan Expo dagangan Islam. “Bagi menunjukkan keseriusan dalam soal kebersihan, pihak MPKBBRI akan mengadakan satu hari yang dinamakan Car Free Day di mana tidak ada kenderaan dibenarkan masuk ke bandar Kota Bharu semasa operasi kebersihan menyeluruh dijalankan,” jelas beliau. http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1689 --------------------------------- Start your day with Yahoo! - make it your home page [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
