PASIR MAS, 24 Julai: Mahkamah Kanak-Kanak memerintahkan remaja berusia 15 tahun yang mengaku bersalah cuba membunuh isteri dan anak Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, dihantar ke pusat pemulihan akhlak Sekolah Henry Gurney di Melaka selama tiga tahun mulai semalam.
Majistret Azman Mustafa yang bertindak sebagai Hakim Mahkamah Kanak-kanak, memerintahkan remaja itu berkelakuan baik selama setahun di bawah pengawasan Pegawai Akhlak Pasir Mas, dengan bon jaminan RM2,000 oleh ibunya apabila dibebaskan dari sekolah itu kelak. Ketika dihadapkan ke mahkamah itu semalam, remaja terbabit yang hadir dengan memakai baju-T rasmi tahanan lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas itu, kelihatan tenang menghadapi tiga pertuduhan yang dikenakan. Anak bongsu kepada lapan beradik itu, dituduh melakukan kedua-dua perbuatan terbabit kira-kira jam 9.30 malam di Kampung Meranti, Pasir Mas, pada 17 Mac lalu dan didakwa mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan untuk pertuduhan pertama dan kedua. Manakala bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357). Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Cheah Poh Loon, manakala remaja itu tidak diwakili peguam bela. Ibu bapa remaja itu turut kelihatan berada dalam mahkamah itu. Pegawai Akhlak Jajahan Pasir Mas, Wan Nor Aizan Wan Abdullah, hadir membentangkan laporan akhlak remaja terbabit sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman. Fakta kes yang dibentangkan menyebut remaja itu ditahan polis apabila melarikan diri ke sebuah rumah di kampung itu selepas menikam isteri dan anak Adun berkenaan. http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1690 --------------------------------- Start your day with Yahoo! - make it your home page [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
