KOTA BHARU, 24 Julai: Pasar Siti Khadijah yang terkenal di bandar ini kerana lebih 90 peratus daripada 2,000 peniaganya wanita kini diancam serangan tikus yang menyebabkan kerugian harta benda mencapai RM200,000 sebulan.
Menyedari ancaman tikus terhadap Pasar Siti Khatijah yang terkenal sebagai destinasi pelancongan itu, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) bertindak melancarkan gerakan membanteras haiwan itu mulai semalam. Pengarah Penilaian dan Pengurusan Harta MPKB, Abd Aziz Abd Rashid, ketika dihubungi berkata, MPKB memperuntukkan RM1,800 sebulan untuk membiayai kempen membanteras tikus di pasar terbabit. Jika kempen ini berjaya, MPKB akan melaksanakannya dari semasa ke semasa terhadap semua pasar dalam kawasan pentadbiran menerusi kerjasama berterusan dengan syarikat dilantik, katanya. Peniaga pasar terbabit mendakwa serangan makhluk perosak itu berlaku setiap hari, sebaik barang jualan masing-masing disimpan selepas menutup perniagaan. Antara sasaran utama tikus itu termasuklah beras, keropok, ikan kering serta pelbagai makanan ringan yang mudah rosak akibat digigit tikus yang dikenal pasti spesies Norway sebesar anak kucing. Pengurus Depot Rentokil Initial, syarikat yang dilantik membanteras tikus itu, Kua Joo Shong, ketika ditemui berkata, pada hari pertama semalam, pihaknya memasang lebih 200 perangkap makanan di sekitar bangunan pasar terbabit. Kami akan memasang perangkap sepanjang tempoh enam bulan dan sepasukan petugas akan kembali mengutip bangkai tikus yang ditemui sekitar pasar ini setiap hari. Kami jangka puluhan ribu tikus di bandar ini mampu dimusnahkan sepanjang tempoh enam bulan ini sebelum meneruskan kempen terhadap pasar lain di bandar ini, katanya. Peniaga, Norohan Abdullah, 34, yang baru seminggu menggantikan kakaknya menjalankan perniagaan di pasar itu, berkata setiap hari terutama sebelah petang dia melihat puluhan tikus besar melintasi gerai di situ. Paling mengejutkan, beras dan barang kering yang saya simpan dalam peti musnah digigit tikus, menyebabkan saya kerugian kira-kira RM500 seminggu, katanya. Peniaga barang hiasan pengantin, Shamsul Azman, 31, gembira dengan usaha MPKB membanteras tikus di pasar itu kerana banyak barangnya turut rosak hingga terpaksa dibuang. http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1691 __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
