PASIR MAS, 25 Julai: Kira-kira 500 pelajar dan lebih 100 ibu bapa termasuk guru serta kakitangan awam menyertai program menderma darah bagi menampung keperluan bekalan Tabung Darah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, kelmarin.
Program selama dua hari dua hari yang dianjurkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Mas/Tumpat membabitkan pelajar tingkatan lima dan enam sekolah menengah jajahan ini dan Tumpat. Pegawai PPD Pasir Mas/Tumpat, Kamaruzaman Ab Ghani, berkata program berkenaan adalah untuk merealisasikan permuafakatan di kalangan pelajar, selain meningkatkan kesedaran umum termasuk golongan warga pendidik dan orang ramai di jajahan Pasir Mas dan Tumpat berhubung kepentingan menyumbangkan darah untuk membantu pesakit dan golongan yang memerlukan. Beliau berkata, program seumpama itu julung kali diadakan bagi menerapkan rasa insaf dan simpati di kalangan pelajar dan warga pendidik dalam membantu pesakit yang memerlukan darah untuk menyambung kehidupan. "Dengan menderma darah juga dapat memberikan kesedaran kepada penderma mengenai pentingnya menjaga kesihatan diri ," katanya kepada Berita Harian di pejabatnya di sini, kelmarin. Program yang diadakan buat julung kali itu duianjurkan dengan kerjasama Unit Tabung Darah HUSM yang diketuai Pegawai Perubatan, Dr Amran Ab Wahab dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Chabang Pasir Mas/Tumpat diketuai Pengerusinya, Tuan Ghazali Tuan Long. Sementara itu, antara yang turut menyertai program bagi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) jajahan Pasir Mas ialah SMK Perempuan seramai 25 orang, SMK Sultan Ibrahim Dua (35), SMK Tendong (48) dan SMK Kangkong (36) manakala jajahan Tumpat ialah SMK Dato' Biji Wangsa (33), SMK Wakaf Bharu (73), SMK Agama Falahiah (25), SMK Chabang Empat (46) dan SMK Kampung Laut (39). //Sumber Bha http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1700 __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
