KOTA BHARU, 25 Julai: Derita seorang warga tua yang hilang penglihatan mata 
kanannya dipercayai akibat dimasuki habuk sejak tiga bulan lalu berakhir 
selepas menjalani pembedahan menukar kornea mata. 

Nasib malang yang menimpa Hussin Yaacob, 66, mendapat perhatian Kelab Lions 
Kota Bharu yang membantu mendapatkan sumbangan kornea mata daripada Northwest 
Lions Eye Bank, Amerika Syarikat.

Ketika ditemui di Wad Melati, Hospital Kota Bharu (HKB), Hussin berkata, 
pengalaman hilang penglihatan selama tiga bulan memang menakutkan kerana pada 
masa sama matanya sakit.

"Saya rasa terharu dengan jasa Kelab Lions yang tampil membantu mendapatkan 
sumbangan kornea mata ini. Tanpa usaha mereka, saya pasti tidak dapat melihat 
sehingga sekarang.

"Hasil sumbangan kornea yang diperoleh, saya selamat menjalani pembedahan di 
HKB pada 12 Julai lalu. Saya bersyukur kerana boleh melihat semula dan dapat 
melakukan kerja-kerja ringan di rumah selain membantu isteri saya, Siti Mariam 
Jusof, 63," katanya.

Hussin berkata, dia hilang penglihatan selepas matanya dimasuki habuk ketika 
melakukan kerja pembersihan sampah di rumahnya beberapa bulan lalu.

Pakar mata HKB mendapati matanya mengalami jangkitan kuman sehingga yang 
menghilangkan daya penglihatan dan menyebabkan kesakitan yang serius pada 
matanya.

Pemangku Presiden Kelab Lions Kota Bharu, Ronald Toolseram, berkata setakat 
ini, kelab itu sudah mengusahakan sumbangan derma lebih 10 kornea mata kepada 
penduduk negeri ini.

Katanya, sebelum ini kornea mata yang disumbangkan kepada pesakit di HKB dan 
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, diperoleh dari bank 
mata Sri Lanka.

"Ini kali pertama kami terima sumbangan dari Amerika Syarikat. Kelab Lions akan 
terus membantu golongan yang memerlukan bantuan dari semasa ke semasa," katanya.

Pakar Mata HKB, Dr Nik Azlan Nik Zaid, berkata pembedahan menukar kornea mata 
mengambil masa kira-kira dua jam dan pesakit mengambil masa antara dua hingga 
tiga minggu untuk sembuh dan penglihatan akan menjadi lebih jelas. //Sumber Bha

http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1701



                
---------------------------------
Yahoo! Mail
 Stay connected, organized, and protected. Take the tour

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke