KOTA BHARU, 25 Julai : Sejak PAS mentadbir negeri ini hampir 15 tahun lalu, 
buat julung kalinya kerajaan Kelantan akan menganjurkan sambutan Hari Peladang, 
Penternak dan Nelayan 2005. 

Ia akan diadakan pada 4 hingga 11 Ogos depan bertempat di perkarangan Stadium 
Sultan Mohammad Ke IV dan Padang Perdana. Perasmiannya bakal dilakukan Menteri 
Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pada petang 4 Ogos. 

Selain itu turut diadakan pertandingan labu terbesar, kelapa terlebat, petola 
terpanjang, nangka terberat dan pameran ternakan jenis kacukan. Program 
berkenaan dijangka membabitkan seramai 2,000 peladang, penternak dan nelayan 
dari seluruh Kelantan.

Seminar khas berkaitan bidang pertanian juga akan diadakan iaitu pada 8 Ogos 
bertempat di Hotel Perdana. Manakala klinik usahawan yang membabitkan 
agensi-agensi pertanian turut dianjurkan.

Dr Nik Mazian juga berkata, kerajaan negeri berusaha memasarkan produk 
pertanian diusahakan petani tempatan ke pasaran global pada masa akan datang.

“Bagi memastikan hasrat itu menjadi kenyataan, petani diminta memenuhi standard 
ditetapkan terutamanya dari aspek kualiti. Negara tumpuan utama iaitu di Asia 
Barat.

“Selain itu juga kerajaan negeri akan mewujudkan pusat perdagangan setempat di 
pekan-pekan di kawasan sempadan negara jiran iaitu Rantau Panjang dan Pengkalan 
Kubur. Pusat tersebut yang dikenali sebagai Kelantan Trade Centre akan 
memasarkan produk ke Thailand dan China,” ujarnya.

Menurutnya juga, biar pun Kelantan bebas sepenuhnya dari wabak selesema burung, 
namun langkah berjaga-jaga tetap diutamakan terutamanya mengawal kemasukan 
unggas dari luar. 


http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1703



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke