KOTA BHARU, 25 Julai : Penduduk di kawasan pantai di Kuala Besar bakal menikmati bekalan air bersih sepenuhnya menjelang akhir tahun ini apabila kerja-kerja menaik taraf loji air di Kampung Puteh siap dijalankan.
Loji berkenaan yang sepatutnya siap pada 20 Oktober tahun lepas, menghadapi masalah disebabkan kerenah kontraktor sehingga menyebabkan penduduk di kawasan berkenaan menghadapi masalah mendapat air bersih. Jurucakap Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berkata, kontraktor baru akan dilantik pada Ogos ini dan kerja-kerja akhir dijangka siap pada hujung tahun ini. Setelah siap projek ini masalah air di Kuala Besar dan kawasan sekitarnya akan dapat diatasi sepenuhnya. Lagi pun sebuah tangki menara dengan kapasiti 264,000 gelen telah dibina di Kedai Buluh untuk menstabilkan bekalan air di kawasan berkenaan, katanya di sini. Sebelum ini akhbar melaporkan lebih 2,000 penduduk di kawasan pantai Kuala Besar terpaksa menggunakan air masin dari perigi disebabkan bekalan air sering terputus sejak dua tahun lalu. Bagaimanapun jurucakap terbabit memberitahu AKSB telah mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah penduduk dengan menghantar air melalui lori tangki secara berjadual ke kawasan berkenaan. Kawasan yang terbabit dengan penghantaran itu termasuk Kuala Besar, Pantai Mek Mas, Pulau Keseng dan Pulau Kundur. Selain itu, AKSB akan memasang alat pelonjak (in line booster) bagi menstabil bekalan air untuk tempoh jangka pendek. Kerja-kerja pemasangan sudah dimulakan dan dijangka siap akhir bulan ini. Bilangan akaun aktif di kawasan tersebut sehingga kini sebanyak 645. Pihak kami juga menasihatkan semua pengguna supaya menyediakan tangki simpanan di rumah bagi membolehkan mereka menyimpan air bagi kegunaan ketika berlaku gangguan di luar jangka, tambahnya. http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1704 __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
