KOTA BHARU: Kira-kira 600 penduduk dalam Mukim Limbongan Lot 14 dekat Pasir Puteh, kini bimbang selepas diarah mengosongkan rumah masing-masing kerana tanah tapak kediaman itu didakwa milik persendirian. Tanah yang dijadikan tapak rumah oleh 93 keluarga itu membabitkan keluasan 11.2 hektar dikatakan hendak dimajukan dengan projek perumahan oleh pemiliknya.
Penduduk mendakwa, tanah itu asalnya diduduki lapan keluarga sejak 1945 dengan kebenaran lisan pemilik berketurunan Cina yang membelinya daripada penduduk tempatan ketika zaman Jepun. Selama 60 tahun, tanah itu diduduki secara bebas oleh penduduk berasaskan kebenaran lisan pemilik asalnya tanpa menyedari tanah itu kini sudah berpindah milik kepada orang lain. Wakil penduduk mukim itu yang juga pesara guru, Abdullah Daud, 60, berkata penduduk hanya menyedari kejadian itu selepas menerima notis arahan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh meminta mereka mengosongkan tanah itu. Beliau berkata, mereka yang mendiami kawasan itu tidak mempertikaikan arahan terbabit sebaliknya yang menjadi masalah kini, ke manakah mereka hendak berpindah. Penduduk sedia berpindah jika diberi tanah gantian untuk mendirikan semula rumah dan pampasan munasabah. Masalahnya, kami hanya ditawarkan pampasan antara RM2,000 hingga RM7,000 seorang. Saya sendiri ditawarkan RM5,000, jumlah yang tidak berpatutan dengan pelbagai kesulitan yang kami hadapi termasuk tiada tapak rumah, katanya, kelmarin.//Bha 28 Julai http://www.perakan.net/ --------------------------------- Start your day with Yahoo! - make it your home page [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
