KOTA BHARU: Kegagalan kontraktor menyiapkan kerja naik taraf loji rawatan air Kampung Puteh di sini pada Oktober tahun lalu, menyebabkan lebih 2,000 penduduk Kuala Besar terpaksa menggunakan air masin untuk keperluan harian.
Pengurus Hal Ehwal Pelanggan/Korporat, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Nik Raihan Nik Abd Rahman, berkata pihaknya mengeluarkan tender kerja kepada kontraktor berkenaan pada 20 April 2002 untuk melakukan kerja menaik taraf loji yang dijangka siap 20 Oktober 2004. Bagaimanapun kontraktor menghadapi masalah menyebabkan pembinaan terbengkalai, sekali gus membantutkan usaha kerajaan menyediakan bekalan air bersih kepada penduduk pantai Kuala Besar dan sekitarnya. Masalah bekalan air di kawasan Kuala Besar dalam perhatian AKSB kerana loji Kampung Puteh tidak mampu lagi membekal air secara berkesan ke kampung itu yang terletak di penghujung sistem agihannya. Kita berharap penduduk bersabar kerana usaha membina tangki menara dengan kapasiti 264,000 gelen air kini dalam pembinaan bagi menstabilkan bekalan air ke Kuala Besar dan Pantai Cahaya Bulan (PCB). Kita mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pengguna, katanya di sini, kelmarin. Beliau mengulas laporan media mengenai lebih 2,000 penduduk di Kuala Besar, menikmati air masin dari perigi disebabkan bekalan air yang disalurkan AKSB terputus lebih dua tahun lalu. Masalah itu dikatakan berpunca daripada kegagalan AKSB memperbaiki sistem bekalan air ke kawasan berkenaan secara tidak langsung menyebabkan penduduk menggali perigi untuk mendapatkan sumber air. Nik Raihan berkata, mengikut rekod AKSB, ketika ini ada 645 akaun pengguna sejak April hingga Jun lalu menerima bekalan air yang tidak stabil dari segi mutu dan kadangkala tekanannya rendah. Kawasan itu, katanya, membabitkan Kuala Besar, Pantai Mek Mas, Pulau Keseng dan Pulau Kundur iaitu kampung sekitar pantai Kuala Besar. Tindakan yang kita ambil bagi mengatasi masalah itu sebelum kerja menaik taraf loji Kampung Puteh siap ialah menghantar bekalan air menerusi lori tangki secara berjadual, katanya.//Bha 28 Julai http://www.perakan.net/ --------------------------------- Start your day with Yahoo! - make it your home page [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
