KOTA BHARU: Nasi lemak sambal ikan bilis tercemar yang disediakan menerusi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) disyaki menjadi punca 26 murid miskin penerima bantuan itu keracunan di Sekolah Kebangsaan Che Latiff, di Kuala Besar.
Jabatan Kesihatan Kelantan mengarahkan kantin sekolah terbabit ditutup mulai hari ini kerana beroperasi dalam keadaan kotor. Seramai 26 murid dikejarkan ke Hospital Kota Bharu (HKB) dan Klinik Kesihatan Penambang Isnin lalu, selepas makan di kantin itu. Pengarahnya, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir, berkata siasatan mendapati murid itu menikmati makanan antara jam 7 hingga 7.30 pagi sebelum sesi persekolahan bermula. Kira-kira jam 10 pagi, murid mengadu sakit perut, muntah, loya dan pening. Semua mangsa dibenarkan pulang selepas menerima rawatan sebagai pesakit luar, katanya ketika dihubungi di sini, kelmarin. Dr Ahmad Razin berkata, siasatan awal pihaknya turut mengesyaki keracunan makanan itu disebabkan makanan dari kantin itu mengandungi bakteria antaranya ialah Stapylococcus aurus dan Bacillus sereus. Kita bimbang makanan lain di kantin itu turut dicemari kuman. Oleh itu, kita mengambil contohnya untuk kajian lanjut, katanya. Katanya, pengurusan kantin sekolah juga diarah membaik pulih dan meningkatkan tahap kebersihan dapur sepanjang tempoh 14 hari ia diarah tutup.//Bha 28 Julai http://www.perakan.net/ --------------------------------- Start your day with Yahoo! - make it your home page [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
