KOTA BHARU: Penagih dadah kronik sanggup mencampurkan bahan berbahaya seperti 
ubat nyamuk dalam air daun ketum bagi meningkatkan tahap khayal. 

Walaupun penggunaan air daun ketum kurang popular di negeri ini, penagih mula 
beralih kepada bahan itu sebagai alternatif bagi melepaskan gian mereka. 

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan, Yusof Che Mamat, berkata 
pihaknya memperoleh maklumat berkenaan hasil siasatan terhadap penagih di 
negeri ini. 

Selain itu, katanya, penagih turut menggunakan gam yang murah dan mudah dibeli 
di kedai runcit sebagai ganti.

“Berdasarkan maklumat penagih yang ditahan, mereka mengakui menggunakan bahan 
alternatif lain termasuk gam dan air ketum yang turut dicampur dengan ubat 
nyamuk sebagai ganti dadah.

“Daun ketum dan gam yang mudah diperoleh menyebabkan penagih menggunakan bahan 
itu bagi melepaskan gian kerana kesukaran mendapatkan dadah di pasaran gelap,” 
katanya ketika dihubungi, semalam. 

Katanya, tindakan bersepadu kini dilakukan AADK bersama Jabatan Narkotik negeri 
dalam usaha membendung gejala penagihan dadah di negeri ini termasuk 
menjalankan kempen kesedaran di kalangan rakyat, khususnya bermula dari 
peringkat usia muda. 

Menurutnya, ibu bapa juga perlu mengawasi pergerakan anak mereka terutama dalam 
usia muda kerana golongan itu mudah terpengaruh dengan gaya hidup bebas. 

"Sekiranya anak muda salah memilih rakan sebaya terutama mereka yang sudah 
terjebak dengan gejala penagihan dadah, ia boleh mempengaruhi gaya hidup 
negatif. 

"Ibu bapa harus mengambil berat keadaan anak termasuk siapa rakan mereka bagi 
mengelak terjebak dengan gejala negatif seperti penagihan dadah," katanya.//HM 
28 Julai
 
http://www.perakan.net/
 

                
---------------------------------
 Start your day with Yahoo! - make it your home page 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke