KOTA BHARU: Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia 20 tahun ditahan bersama dua rakannya kerana memiliki 73 pil khayal dipercayai pil kuda dalam poket seluarnya.
Dalam kejadian itu, pelajar terbabit bersama dua rakannya berusia 19 dan 21 tahun dipercayai sedang menunggu pelanggan sambil minum air di sebuah kedai di Pangkalan Datu, di sini. Sumber memberitahu Harian Metro, pelajar itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Narkotik Balai Polis Binjai, kira-kira jam 1.55 pagi, Isnin lalu. Menurutnya, apabila polis sampai ke situ mereka mendapati remaja terbabit sedang minum bersama dua rakan lain dan polis terus menghampiri untuk melakukan siasatan. Katanya, hasil pemeriksaan ke atas remaja terbabit polis menemui 73 pil kemerah-merahan dalam poket seluarnya yang dipercayai pil kuda. Remaja terbabit bersama dua rakannya yang dipercayai penagih kemudian dibawa ke balai polis untuk siasatan, katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Narkotik Negeri, Deputi Superintendan Zaaba Sudin ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga remaja terbabit. Katanya, pelajar berusia 20 tahun terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan jika didapati memiliki boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun. Zaaba berkata, dua lagi rakannya pula boleh didakwa menerusi Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 jika didapati positif mengambil dadah. //HM 28 Julai http://www.perakan.net/ --------------------------------- Start your day with Yahoo! - make it your home page [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
