KOTA BHARU: Polis Kelantan mengesan 24 kes ragut didalangi peragut yang menggunakan modus operandi memancitkan tayar sebelum merampas wang tunai ketika mangsa memberhentikan kenderaan mereka.
Kebanyakan kes terbabit dikesan di sekitar daerah Kota Bharu dan Pasir Mas sejak tiga tahun lalu. Peragut itu dikesan bergerak lebih daripada seorang ketika mengenal pasti mangsa yang berada dalam bank sebelum mengekori dan bertindak meragut beg tangan mangsa. Terbaru, seorang guru kerugian RM25,500 apabila wang tunai yang baru dikeluarkan dari bank untuk tujuan membuat rumah dilarikan peragut di Jalan Dusun Muda di sini, kelmarin. Selain wang tunai, barang kemas bernilai RM4,000 yang yang disimpan dalam beg terbabit turut dilarikan penjenayah terbabit. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Shafie Ismail, berkata sebelum kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, mangsa berusia 43 tahun bersama suaminya mengeluarkan wang untuk membayar pinjaman perumahan. Beliau berkata, sebaik keluar dari bank, suami mangsa yang memandu kereta tiba-tiba berasakan tayar kereta mereka pancit sebelum berhenti di depan sebuah hotel di Jalan Dusun Muda. "Ketika suaminya menukar tayar kereta, mangsa masuk ke dalam farmasi berdekatan untuk membeli barang. Pada masa sama, seorang lelaki tiba-tiba masuk ke dalam farmasi itu dan meragut beg tangan mangsa mengandungi wang tunai RM25,500 dan barang kemas bernilai RM4,000, katanya. "Mangsa cuba mengejar tetapi lelaki itu melarikan diri bersama seorang rakan yang sedang menunggu atas motosikal," katanya. Katanya, mangsa dan suaminya kemudian laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berhubung kejadian itu. Beliau berkata, mangsa mendakwa lelaki terbabit berusia lingkungan 20 hingga 30-an menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z bernombor WJS6494 atau WHL6494. "Setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan dan orang ramai yang terserempak atau melihat kejadian itu supaya tampil memberi maklumat dan membantu pihak polis menjalankan siasatan. "Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan jika disabitkan kesalahan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya. Shafie berkata, orang ramai dinasihatkan berwaspada ketika membawa sejumlah wang yang banyak sebaik keluar dari bank, bagi mengelak kejadian sama berulang.//Bha 1 August http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1747 __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
