JELI, 31 Julai- Seorang penganggur yang marah dengan tindakan isterinya 
meninggalkan rumah selepas mereka bergaduh, bertindak membakar televisyen di 
rumahnya yang mengakibatkan seluruh rumahnya hangus.

Ketua Polis Daerah Jeli DSP Ahmad Nordin Jaafar berkata lelaki berumur 36 tahun 
itu membakar televisyen dengan menyalakan getah tiub yang dilonggokkan 
berhampiran televisyen berkenaan di rumahnya di Kampung Pasir Dusun di sini 
kira-kira 1 tengah hari tadi.

Api yang marak dengan cepat menyambar dan membakar keseluruhan rumah kayu itu, 
katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata lelaki terbabit sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami 
sebarang kecederaan. Dia dipercayai tinggal di rumah itu bersama ibu dan 
isterinya seorang warganegara Thailand.

Ketika kejadian, isteri lelaki itu dipercayai balik ke kampungnya di Thailand 
manakala ibunya yang berumur 80-an pula tiada di rumah.

Ahmad Nordin berkata lelaki itu kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 
435 Kanun Keseksaan.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Jeli Che Mohd Fauzi Che Omar berkata bomba 
menerima laporan pada 1.27 tengah hari. Kerugian dianggarkan berjumlah 
RM25,000.//Bernama

http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1745


                
---------------------------------
 Start your day with Yahoo! - make it your home page 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke