KOTA BAHARU, 31 Julai - Sambutan perayaan Bulan Kemerdekaan akan lebih bermakna 
bagi penduduk negeri ini dengan kupasan mengenai erti sebenar kemerdekaan 
menurut perspektif Islam menerusi Forum Perdana Ehwal Islam.

Pengarah Penerangan Kelantan, Abdullah Mohamed Arif berkata forum berkenaan 
akan diadakan pada 2 Ogos ini sempena Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang 
2005 bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh, di sini.

Abdullah berkata tajuk yang akan dikupas menerusi forum yang akan 
dipengerusikan Pegawai Khas Kepada Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Shahrin 
Md Jamaluddin itu ialah "Konsep Jiwa Yang Merdeka Dalam Menghadapi Cabaran Masa 
Depan.

"Ahli panel yang dijangka hadir ialah Imam Besar Masjid Negara, Datuk 
Kamaruddin Zakaria, Setiausaha Parlimen Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr 
Mashitah Ibrahim dan Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Mohamad," 
katanya kepada Bernama di sini.

Menurutnya orang ramai dijemput hadir ke forum berkenaan yang akan diadakan 
pukul 9 malam di padang sekolah berkenaan.

Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang peringkat kebangsaan dari 3 hingga 17 
Ogos itu akan dilancarkan Menteri Penerangan, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh 
Fadzir pada 3 Ogos ini.//Bernama


http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1744



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke