SEREMBAN 30 Julai - Kementerian Penerangan akan menjadikan semua siaran radio negeri sebagai siaran 24 jam secara berperingkat-peringkat dalam masa terdekat ini.
Pada masa ini, semua radio negeri beroperasi 12 jam sehari iaitu bermula 6 pagi hingga 12 tengah malam. Menurut Menteri Penerangan, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, buat permulaan, Radio FM Kelantan akan menjadi siaran radio negeri pertama yang akan beroperasi 24 jam bermula Isnin ini. ``Ini akan diikuti oleh Kedah, Perlis dan Terengganu. Negeri-negeri lain juga akan mengikut langkah sama dalam masa terdekat ini,'' katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penerangan Kebangsaan, di sini hari ini. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin. Mesyuarat dwi bulanan itu dihadiri oleh semua Exco penerangan negeri seluruh negara dan pegawai-pegawai kanan kementerian berkenaan. Menurut Abdul Kadir, keputusan terbaru itu adalah antara usaha yang diambil oleh kementeriannya untuk menjadikan radio negeri sebagai radio rakyat. Menerusi radio rakyat, katanya, pendengar di setiap negeri akan diberi semua maklumat-maklumat penting berhubung perkara yang berlaku di daerah masing-masing. ``Kita harap semua rakyat menerimanya sebagai radio mereka dan kita akan pastikan mereka menerima semua perkembangan-perkembangan terkini mengenai apa yang berlaku di tempat masing-masing,'' katanya. Sementara itu, Abdul Kadir berkata, mesyuarat hari ini juga membincangkan mengenai penubuhan Pusat Maklumat Rakyat (PMR) di semua Pejabat Penerangan Daerah.//UM 31/7/05 http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1739 --------------------------------- Start your day with Yahoo! - make it your home page [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
