RTM Sasarkan Sejuta Pendengar Menerusi Siaran 24 Jam Kelantan FM 
KOTA BHARU, 2 Ogos : Stesen radio Kelantan FM memulakan siaran 24 jam malam 
tadi dengan menyasarkan satu juta pendengar berbanding 700,000 orang sekarang.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Mohamad Nor Ishak ketika 
melancarkan siaran 24 jam itu, berkata melalui program baru dan lebih baik, 
mesej dan penerangan berhubung isu dan perkembangan terkini dalam dan luar 
negara dapat disebarkan kepada rakyat.

"Program dalam siaran itu adalah untuk generasi muda, golongan tua, peniaga dan 
usahawan dan kami merancang pelbagai program baru bagi memenuhi hasrat 
pelanggan," katanya.

Mohamad Nor berkata 40 peratus daripada program menerusi Kelantan FM adalah 
dalam dialek tempatan.//Bernama

perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
SEREMBAN 30 Julai - Kementerian Penerangan akan menjadikan semua siaran radio 
negeri sebagai siaran 24 jam secara berperingkat-peringkat dalam masa terdekat 
ini.

Pada masa ini, semua radio negeri beroperasi 12 jam sehari iaitu bermula 6 pagi 
hingga 12 tengah malam.

Menurut Menteri Penerangan, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, buat 
permulaan, Radio FM Kelantan akan menjadi siaran radio negeri pertama yang akan 
beroperasi 24 jam bermula Isnin ini.

``Ini akan diikuti oleh Kedah, Perlis dan Terengganu. Negeri-negeri lain juga 
akan mengikut langkah sama dalam masa terdekat ini,'' katanya pada sidang 
akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penerangan Kebangsaan, di sini 
hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin. 

Mesyuarat dwi bulanan itu dihadiri oleh semua Exco penerangan negeri seluruh 
negara dan pegawai-pegawai kanan kementerian berkenaan.

Menurut Abdul Kadir, keputusan terbaru itu adalah antara usaha yang diambil 
oleh kementeriannya untuk menjadikan radio negeri sebagai radio rakyat.

Menerusi radio rakyat, katanya, pendengar di setiap negeri akan diberi semua 
maklumat-maklumat penting berhubung perkara yang berlaku di daerah 
masing-masing.

``Kita harap semua rakyat menerimanya sebagai radio mereka dan kita akan 
pastikan mereka menerima semua perkembangan-perkembangan terkini mengenai apa 
yang berlaku di tempat masing-masing,'' katanya.

Sementara itu, Abdul Kadir berkata, mesyuarat hari ini juga membincangkan 
mengenai penubuhan Pusat Maklumat Rakyat (PMR) di semua Pejabat Penerangan 
Daerah.//UM 31/7/05

http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1739

                
---------------------------------
 Start your day with Yahoo! - make it your home page 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke