MACHANG, 31 Julai: Umno Kelantan tidak menolak kemungkinan masalah kemiskinan 
rakyat Kelantan menjadi lebih serius dalam tempoh lima tahun akan datang jika 
tiada perubahan politik berlaku pada pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana masalah berkenaan sehingga kini tidak menunjukkan perubahan seperti 
diharapkan apabila masih ada 13,000 keluarga miskin yang berpendapatan kurang 
RM300 sebulan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Annuar Musa, berkata kemiskinan 
itu membabitkan kira-kira 20,000 keluarga nelayan, 20,000 peneroka dan 15,000 
petani.

Beliau berkata, kira-kira 30,000 lagi keluarga penanam tembakau juga dijangka 
menghadapi masa depan membimbangkan apabila tanaman itu menghadapi persaingan 
pasaran terbuka dan secara perlahan kuota dikurangkan.

Katanya, semua masalah itu tidak diberi perhatian serius Kerajaan Pas Kelantan 
untuk menanganinya yang sudah tiga penggal memerintah negeri ini.

"Saya rasa jumlah rakyat miskin akan meningkat lebih ketara dan menjadi cabaran 
amat besar kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) Kelantan untuk menanganinya 
jika kembali berkuasa.

"Tetapi, malangnya ketika ini tiada komitmen jelas ditunjukkan kerajaan negeri 
untuk menanganinya," katanya berucap pada majlis perasmian pelancaran Gerakan 
Jama'atul Wahdah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), dekat sini, semalam.

Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kok Lanas, berkata jika Pas 
terus berkuasa pada pilihan raya umum akan datang, rakyat akan menghadapi 
masalah lebih buruk iaitu pengangguran.

Katanya, ketika ini Kelantan ada kira-kira 25,000 penganggur dan jumlah itu 
meletakkan negeri ini paling ramai golongan tidak mempunyai pekerjaan.

"Justeru, menjadi tanggungjawab kita semua berazam bagi memastikan senario 
politik di negeri ini berubah pada pilihan raya umum akan datang yang dilihat 
sebagai peluang terbaik untuk Umno dan BN menang," katanya. //Sumber BM

http://www.perakan.net/modules/news/article.php?storyid=1738



                
---------------------------------
 Start your day with Yahoo! - make it your home page 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke