Isteri direman bantu siasatan kes simbah asid
KOTA BHARU 2 Ogos - Polis hari ini menahan reman isteri kepada Lans Koperal 
Tuan Azman Tuan Ludin, 30, selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung 
kejadian simbah asid di Kampung Legeh, Jeli, malam semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Supritendan Shafie Ismail 
berkata, wanita berusia 53 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 117 Kanun Acara 
Jenayah untuk membolehkan polis menjalankan siasatan berhubung kejadian 
tersebut.

``Wanita berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu 
dengan sengaja menyebabkan cedera parah yang memperuntukkan hukuman penjara 
sehingga 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan,'' katanya kepada 
pemberita di pejabatnya, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas perkembangan kes seorang anggota 
tentera yang juga jurulatih taekwando di kem Pengkalan Chepa, yang mengalami 
kecederaan parah pada bahagian muka dan badan kerana disimbah asid ketika 
sedang tidur dipercayai perbuatan isterinya. 

Kejadian itu dikatakan berpunca daripada isteri mangsa yang tidak berpuas hati 
berikutan hasrat suaminya untuk berpoligami.

Mangsa berkahwin dengan isterinya yang merupakan seorang janda beranak sembilan 
kira-kira 10 tahun lalu dan dikurniakan seorang anak perempuan yang kini 
belajar di tahun empat.

Shafie berkata, siasatan awal pihaknya ke atas wanita terbabit juga mendapati 
dia adalah warga negara Thailand.//UM




perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:KOTA BHARU: Hasrat seorang anggota tentera 
yang beristerikan wanita tua untuk berkahwin dua menerima padah, apabila dia 
melecur separuh badan disimbah cuka getah oleh isterinya selepas beberapa jam 
meluahkan hasrat itu, malam kelmarin.

Jurulatih taekwando, Lans Koperal Tuan Azman Tuan Ludin, 30, melecur seluruh 
muka dan badan selepas disimbah asid ketika tidur atas buaian di rumahnya di 
Kampung Legeh, Air Lanas, Jeli, kira-kira jam 11.30 malam.

Kejadian itu berpunca daripada perselisihan antara anggota tentera bertugas di 
Kem Pengkalan Chepa itu dengan isterinya yang berusia 50-an, petang kelmarin.

Perselisihan faham berlaku dalam kereta ketika pasangan itu dalam perjalanan ke 
Tanah Merah untuk bertemu bakal isteri mangsa selepas diminta berbuat demikian 
oleh isterinya.

Tuan Azman berkata, hasrat mempertemukan isterinya dengan bakal madu itu tidak 
menjadi kenyataan apabila mereka bergaduh dalam perjalanan itu menyebabkan dia 
memukul isterinya sebelum mereka berpatah balik ke rumah.

"Berikutan pergaduhan itu, malam tadi, selepas balik daripada mengambil anak 
kami yang berusia 10 tahun dari kelas tuisyen, saya tidak masuk bilik tidur, 
sebaliknya tidur atas buaian di ruang tamu rumah. 

"Kira-kira jam 11.30 malam, tiba-tiba saya terkejut apabila muka dan badan 
seolah-olah terkena air panas. Saya terus turun dari buaian dan keluar dari 
rumah, meminta tolong akibat terlalu sakit dan panas," katanya yang mengalami 
kesukaran untuk bercakap berikutan kecederaan muka dan mata.

Tuan Azman berkata, sebelum ini beliau pernah menyuarakan hasrat untuk 
berkahwin lain tetapi isterinya yang berasal dari negara jiran itu, meminta 
mereka berbincang.

Tuan Azman mempunyai seorang anak hasil hasil perkongsian hidup dengan 
isterinya itu sejak lebih 10 tahun lalu.

Sementara itu, ibunya, Siti Ramlah Awang Isa, 50, berkata beliau yang tinggal 
bersebelahan rumah anaknya itu, bergegas keluar sebaik mendengar jeritan mangsa.

"Ketika itu, anak saya berada di halaman rumah tanpa berbaju dan kulit badannya 
kelihatan hitam dan melecur. Seorang sepupu membantu menghantarnya ke Klinik 
Air Lanas, sebelum dihantar ke Hospital Jeli dan HKB,” katanya. 

"Saya tidak tahu dia mahu kahwin lain kerana tidak pernah memberitahu masalah 
rumah tangganya kepada kami. Jika tahu, tentu saya akan menasihatinya.

"Walaupun menantu saya pernah berkahwin dan mempunyai sembilan anak daripada 
perkahwinan terdahulu, saya tetap menerimanya, tak sangka dia tergamak buat 
begini," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Ketua Polis Jeli, Deputi Superintendan 
Mohd Hanifah Abdul Malek, berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu 
daripada bapa saudara mangsa, Awang Awang Isa, kira-kira jam 9 pagi semalam.

Katanya, isteri mangsa yang berusia 50-an itu sudah ditahan kira-kira jam 1 
petang untuk untuk membantu siasatan.//Bha 2 Ogos

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke