KOTA BHARU
Dakwah Orang Asli
JABATAN Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) kini menjalankan gerakan dakwah
berterusan terhadap masyarakat Orang Asli beragama Islam di Gua Musang bagi
memastikan mereka mengamalkan ajaran Islam sebenar.
Gerak gempur mendidik minda itu penting kerana ramai masyarakat Orang Asli
dikesan kembali kepada budaya asal kerana tiada pegangan teguh kepada Islam
selain terpesong kerana pengaruh anasir luar.
Pengarah JHEAIK, Datuk Ismail Latif, berkata kumpulan pendakwah diketuainya
memulakan program itu Pos Balar Gua Musang bertujuan menarik kira-kira 500
penduduk Orang Asli lebih mengenali Islam, mulai hari ini.
Kursus baru
KOLEJ Teknologi Darulnaim (KTD) memperkenalkan kursus Diploma Kejuruteraan
Elektronik dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mulai sesi
pengambilan yang bermula, bulan ini.
Ketua Eksekutif KTD, Prof Madya Dr Abdullah Sudin Abdul Rahman, berkata kolej
itu sebagai institusi pegajian tinggi swasta (IPTS) pertama memperkenalkan
kursus itu di Kelantan.
Beliau berkata, bagi sesi pengambilan pertama bulan ini, 21 lepasan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
mendaftar mengikuti kursus itu.
Masalah air diatasi
MASALAH bekalan air lebih 2,000 penduduk Kuala Besar yang dihadapi sejak dua
tahun lalu, berakhir apabila Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) memasang sistem
tekanan saluran air dengan dua tangki simpanan di situ, awal minggu ini.
Pengarah Urusan AKSB, Fauzi Abdullah, berkata pemasangan sistem itu dengan
menggunakan pam, mampu meningkatkan tekanan dan agihan air ke tahap yang
maksimum.
Beliau berkata, sistem mudah alih itu adalah langkah sementara pihaknya
menyiapkan tangki baru yang mampu menampung 10,000 pengguna di kawasan Kedai
Buloh dan sekitarnya serentak projek loji air Kampung Puteh, yang membabitkan
kos RM27.4 juta.
//Bha 2 Ogos
---------------------------------
Start your day with Yahoo! - make it your home page
[Non-text portions of this message have been removed]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/