PASIR MAS
Lelaki cedera dipukul
Seorang lelaki cedera di kepala dan muka selepas dipukul dengan topi keledar
seorang remaja lelaki di Kampung Bechah Semak, Pasir Mas, kira-kira jam 12.30
tengah hari itu.
Mangsa, 32, yang berada di rumah didatangi bekas isterinya bersama remaja itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Deputi Superintendan Mohd Shukor Sulong,
berkata bekas isterinya bertanyakan anak lelaki mereka yang tinggal bersama
mangsa selepas mereka berpisah.
"Mangsa memberitahu yang anak lelakinya itu tiada di rumah kerana pergi ke
rumah bapa saudara tidak jauh dari situ menyebabkan wanita itu berang. Mangsa
kemudian melarikan diri dari rumahnya dengan motosikal.
"Remaja itu mengekori mangsa sebelum memintas dan menahannya, kemudian memukul
mangsa dengan topi keledar di muka dan kepala," katanya.
KOTA BHARU
PBPM diperkemas
Jentera pentadbiran Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) kini disusun semula
bagi mengemaskinikan jentera pentadbirannya pada peringkat pusat berkenaan.
Pemangku Presidennya, Datuk Yusoff Hamdain Diego, berkata beberapa muka baru
kini dilantik menganggotai jawatankuasa induk itu berkuat kuasa sejak dua bulan
lalu.
Mereka yang ialah, Tahir Manaf (Setiausaha Agung); Idris Hanim Merica
(Bendahari Agung); Datuk Baharum Mohd Noor (Penolong Bendahari) dan Shaikh
Tahir (Ketua Penerangan).
"Pada masa depan, kita juga akan melantik semua exco bagi mewakili negeri dalam
usaha memperluaskan fungsi dan skop persatuan ini ke seluruh negara. Sebelum
ini, semua exco pusat yang dilantik adalah wakil Wilayah Persekutuan dan banyak
maklumat tidak sampai ke peringkat akar umbi," katanya.
Warga emas maut
Seorang warga emas maut dilanggar sebuah kereta ketika sedang melintas jalan di
Kilometer 58 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 8.20 malam, Wan Hamat Hassan, 80, meninggal dalam
perjalanan ke Hospital Kuala Krai (HKK) dipercayai akibat cedera parah di
kepala.
Pegawai Turus Trafik Negeri, Asisten Superintendan Mohd Noor Mohamad, berkata
kejadian berlaku ketika mangsa bersendirian melintas jalan dan sebuah kereta
yang datang dari arah Kota Bharu ke Kuala Krai merempuhnya.
Katanya, polis sudah mengambil keterangan daripada pemandu kereta terbabit
untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.//Bha 16 Ogos
---------------------------------
Start your day with Yahoo! - make it your home page
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/