KOTA BHARU, 10 Ogos - Timbalan Menteri Besar, Dato Ahmad Yakob meminta penghulu di negeri ini supaya menambahkan ilmu pengetahuan sebagai persiapan untuk berdepan dengan masyarakat.
Beliau berkata, sebagai seorang pemimpin di peringkat mukim penghulu perlu mempunyai banyak pengetahuan terutamanya berkaitan isu setempat bagi membantu menyelesaikan masalah dihadapi rakyat. "Kita tahu rakyat di bawah terdiri daripada pelbagai peringkat dan profesyennya, ada guru, doktor dan sebagainya, jadi sebagai seorang pemimpin kita hendaklah mempunyai banyak pengetahuan," ujarnya ketika merasmikan Nadwah Kepemimpinan Penghulu Kelantan di Balai Islam, di sini petang ini. Timbalan Menteri Besar turut mencadangkan penghulu merujuk senarai tugasan seperti yang dikeluarkan Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sekiranya ingin melaksanakan perkhidmatan dengan berkesan. Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Penghulu Kelantan, Ustaz Hassan Mohamood berkata, kerajaan negeri bercadang memberi anugerah khidmat cemerlang kepada penghulu bagi kali kedua tahun depan. Katanya, anugerah tersebut dianggap penting sebagai menghargai pengorbanan setiap penghulu. Beliau bagaimanapun berharap, penghulu mempertingkatkan lagi tanggungjawab mereka selaras dengan kehendak kerajaan negeri dan tuntutan agama. "Selain menyelesaikan masalah rakyat, mereka juga hendaklah sentiasa berhubung dengan pemimpin kerajaan dan berurusan dengan Pejabat Tanah dan Jajahan bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat. Sempena program itu turut diadakan pembentangan dua kertas kerja iaitu Penghulu Pemangkin Kerajaan dan Jamaah' dan 'Komunikasi Berkesan'.//hrkh __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
