KOTA BHARU: Industri kayu gaharu daripada pohon karas yang diambil daripada 
hutan negeri ini dikenal pasti mampu memberi pulangan sehingga RM100,000 
sebulan selepas ia diproses menjadi minyak.

Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan, Dahlan Taha, berkata ketika ini 10 
pengusaha industri berkenaan termasuk pencari pokok karas dan peniaga minyak 
gaharu tampil mendaftarkan kegiatan mereka dengan jabatan terbabit sejak 
diwajibkan memiliki lesen mulai April lalu.

"Mereka terdiri daripada pengusaha minyak wangi dan pencari kayu gaharu yang 
sudah menjalankan kegiatan berkenaan sejak beberapa tahun lalu tetapi selama 
ini tidak wajib mengambil lesen.

"Tiga pengilang itu memproses kayu karas menjadi minyak yang menjadi asas 
penghasilan minyak wangi itu, memperoleh pulangan antara RM50,000 hingga 
RM100,000 sebulan hasil eksport minyak itu ke pasaran beberapa negara Asia 
Barat dan Asia Tenggara," katanya.

Dahlan berkata, ketika ini ada tiga pengusaha beroperasi di Rantau Panjang, 
manakala dua lagi beroperasi di Kuala Balah, Gua Musang, membabitkan 
kelengkapan antara 20 hingga 40 dapur.

"Kawalan ini menerusi peraturan melesenkan pengusaha dan pencari kayu gaharu 
dijangka dapat membendung pencerobohan hutan untuk mengambil pokok karas yang 
kini semakin berleluasa.

"Ketika ini, dianggarkan ada lebih 1,000 orang yang bekerja mencari kayu gaharu 
sering memasuki hutan mencari pokok karas bagi menghasilkan minyak gaharu.” 

“Kebanyakan mereka adalah penduduk tempatan dan rakyat dari negara jiran yang 
sanggup menceroboh hutan simpan negara ini yang dikenal pasti mempunyai banyak 
spesies kayu karas," katanya.

Katanya, antara jenis gaharu yang tumbuh subur di kawasan hutan negeri ini 
ialah gaharu spesies tutor, dedap, kundur dan akar.//Bha 11 Julai


                
---------------------------------
 Start your day with Yahoo! - make it your home page 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke