TANAH MERAH: Pelajar tingkatan enam rendah sebuah sekolah menengah dekat sini, mendakwa dia tidak tahu dirinya mengandung sehinggalah melahirkan bayi perempuan di tandas asrama, semalam.
Pelajar berusia 18 tahun dari Kampung Batang Bergetik dekat sini, ketika ditemui di Wad Bersalin Hospital Tanah Merah (HTM), mendakwa dia terkejut dengan kejadian itu. Saya terkejut kerana selepas Subuh, ada air dan darah keluar. Oleh itu, saya tidak mengikuti pembelajaran. Selepas itu saya berasakan perut memulas. Saya sangka nak buang air besar tetapi ketika meneran dalam tandas, tiba-tiba ada kepala bayi terkeluar. Saya jadi cemas dan menarik kepala bayi serta sempat melihatnya bergerak beberapa kali. Saya kemudian membalutnya dengan kain batik sebelum saya pengsan, katanya sambil menangis. Pelajar terbabit melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.5 kilogram yang kemudian mati ketika membuang air besar di asrama sekolah terbabit, kira-kira jam 8.30 pagi. Pelajar itu dikatakan baru tiga bulan mendiami asrama sekolah berkenaan selepas berpindah dari rumahnya di Kampung Batang Bergedik dekat Gual Ipoh, di sini. Difahamkan, pelajar itu pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas dan antara yang mencatatkan keputusan baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu. Malah, dia juga mencatatkan keputusan A1 bagi subjek Bahasa Inggeris dalam peperiksaan itu selain turut aktif dalam pelbagai persatuan dan sukan di sekolahnya. Kejadian terbabit disedari penyelia asrama sekolah berkenaan yang membuat pemeriksaan bagi mengesannya selepas didapati tidak hadir ke sekolah. Bagaimanapun, penyelia itu terdengar tangisan bayi dari tandas yang didapati terkunci dari dalam. Penyelia terbabit yang berasakan sesuatu yang pelik kemudian memanggil pengawal keselamatan untuk membantu. Pengawal keselamatan yang ke tandas berkenaan menendang pintu dan menemui seorang pelajar perempuan bersama bayi dalam bungkusan kain batik. Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Anuar Mohamad, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira jam 10.30 pagi semalam. Katanya, polis kemudiannya ke sekolah terbabit dengan beberapa orang kakitangan Hospital Tanah Merah (HTM) untuk melakukan siasatan. Ketika tiba di tempat kejadian, polis mendapati terdapat satu mayat bayi perempuan yang dibungkus dengan kain batik dan dalam keadaan masih bertali pusat. Seorang pelajar perempuan yang dipercayai melahirkan bayi terbabit kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut kerana didapati mengalami pendarahan teruk, katanya. Anuar berkata, mayat bayi itu dibawa dan ditempatkan di bilik mayat HTM sementara menunggu untuk dilakukan bedah siasat oleh pakar Pathologi dari Kuantan, Pahang. Katanya, kes terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 315 Kanun Keseksaan. Sementara itu, jurucakap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tanah Merah, ketika dihubungi berkata, pelajar terbabit baru mendaftar masuk tingkatan enam rendah dan menetap di asrama sekolah itu, sejak Mei lalu. Kita sedang menyiasat status pelajar serta pembabitan dalam kejadian itu. Kami menyerahkan kes ini kepada polis, katanya.//HMetro 11 Julai __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
