KOTA BHARU, 11 Ogos : Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari 
Khamis mengesyorkan supaya kerajaan pusat mengisytiharkan segera darurat alam 
sekitar berikutan jerebu tebal di beberapa kawasan di negara ini.

Beliau berkata langkah itu perlu bagi mengelakkan kesulitan kepada orang ramai 
selain mengelakkan kemalangan udara yang boleh berlaku berikutan jarak 
penglihatan yang semakin berkurangan.

"Kalau darurat disytiharkan senang sikit, orang tak tempah tiket (penerbangan) 
kerana tahu darurat. Kalau tidak, susah orang yang tempah...dok harap boleh 
terbang tapi tau-tau tak boleh pergi kerana kadar jerebu menebal," katanya 
kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai keadaan jerebu yang melanda 
negara sekarang.
"Penerbangan bagaimana? Takkan diserahkan kepada pilot (semata-mata) 
memandangkan keadaan udara sentiasa berubah-ubah," katanya selepas merasmikan 
Seminar Kefahaman Sektor Perbankan anjuran Takaful Malaysia, di sini hari 
Khamis.

Laporan akhbar menyebut kerajaan hanya akan mengisytiharkan darurat alam 
sekitar jika Indeks Pencemaran Udara mencecah bacaan 500.

Keadaan jerebu yang semakin buruk itu menyebabkan semua sekolah di ibu negara, 
sebahagian Selangor serta universiti di Shah Alam diarah tutup.

Sambil menyerahkan perkara itu kepada kebijaksanaan pentadbiran kerajaan pusat, 
Nik Abdul Aziz berharap pemerintah Indonesia melaksanakan satu sistem 
pembakaran hutan yang teratur seperti menjalankan kerja-kerja pembakaran pada 
waktu malam.

"Kalau kita nak sekat mereka daripada membakar payah juga kerana kita di sini 
juga membakar hutan tapi kita minta tolong pihak jiran kita supya berhati-hati 
supaya buat sistem teratur dengan membakar pada waktu malam supaya embun boleh 
menekan asap, wallahualam," katanya. //Bernama



                
---------------------------------
 Start your day with Yahoo! - make it your home page 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke