KOTA BHARU: Seorang pelajar dikurung sebelum dicabul seorang lelaki yang 
dikenalinya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Alor Pulai, Jelawat, 
Bachok, Ahad lalu. 

Bagaimanapun, mangsa berusia 15 tahun membuat laporan selepas berjaya 
menyelamatkan diri apabila keluarganya datang mencari ke rumah itu sebaik 
mendapat maklumat, kira-kira jam 2.45 pagi kelmarin. 

Sebelum kejadian itu, mangsa berusia 15 tahun pergi ke rumah rakannya yang 
tidak jauh dari situ untuk meminjam buku.

Ketika dalam perjalanan pulang, ibu saudara mangsa yang terserempak dengannya 
memberitahu bahawa rakan kepada lelaki itu mahu berjumpanya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Shafie Ismail, 
berkata mangsa kemudian ke tempat itu yang tidak jauh dari rumahnya dengan 
berjalan kira-kira jam 11.30 pagi. 

Menurutnya, ketika sampai di rumah itu kedua-dua lelaki terbabit sedang makan 
nasi dan selepas itu mangsa dipaksa masuk ke dalam bilik di rumah berkenaan. 

“Lelaki terbabit kemudian mengunci pintu bilik dari luar dan beberapa minit 
selepas itu, mangsa diberi makan makan nasi dan air. 

“Bagaimanapun, selepas itu mangsa dikatakan pening dan terus tertidur sebelum 
menyedari badannya ditindih.

“Ketika itu lelaki terbabit mencium dan cuba membuka coli mangsa serta pada 
masa sama, dia menolak lelaki terbabit,” katanya. 

Menurutnya, beberapa minit kemudian mangsa memberitahu ingin pulang ke rumah 
sebelum keluarganya datang mencari apabila mendapat maklumat mengenai dirinya 
di premis terbabit. 

Beliau berkata, mangsa melepaskan diri dengan bantuan keluarganya dan membuat 
laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Bachok. 

Katanya, sebaik menerima maklumat lelaki yang disyaki mencabul kehormatan 
pelajar itu ditahan setengah jam kemudian. 

“Lelaki itu berusia 27 tahun bekerja sebagai buruh ditahan bagi membantu 
siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. 

“Siasatan juga dilakukan mengikut 342 Kanun Keseksaan kerana pengurungan 
salah,” katanya.//HMetro 10 Julai

                
---------------------------------
 Start your day with Yahoo! - make it your home page 

[Non-text portions of this message have been removed]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke