Sekitar 3000 penonton membanjiri SSM4 ketika saingan Separuh Akhir Piala FAM 
yang menemukan Kelantan vs Tentera yang berkesudahan dengan noktah gembira 
apabila jaringan dari Suria,Azlan dan Piya memastikan Kelantan memungut 4 gol 
berharga sebagai bekal ke Lumut Hari Sabtu nanti.

Corak permainan yang teratur serta bersemangat ditunjukkan oleh barisan pemain 
Kelantan dengan kehadiran semula Khairan Eroza sebagai kapten dan Haruna 
membentuk benteng yang kukuh jika dibandingkan dengan perlawanan ketika 
menentang KL Plus tempohari. Namun, ketika perlawanan dijangka mudah dikuasai 
Kelantan,ATM sebaliknya yang melakukan serangan bertubi-tubi dalam 15 minit 
pertama dengan tengah dikuasai oleh import ATM serta serangan yang berjaya 
mengkucar-kacirkan tengah Kelantan.

Setelah diasak bertubi-tubi dengan Halim bertungkus-lumus menangkis bola ke 
pintu golnya,akhirnya Kelantan mula mengusai perlawanan sedikit demi sedikit 
dengan mula mengatur serangan melalui rangkaian Suria dan Azlan dan dibantu 
oleh Sairozi yang betindak sebagai attacking midfielder.Kelu-kesah penonton 
akhirnya terlerai apabila Suria melakukan sepakan separa volley yang deras dari 
luar kotak penalti menewaskan penjaga gol ATM.Gol tersebut berpunca dari 
lambungan jauh pertahanan yang terus kepada Suria yang bijak mendada bola 
sebelum melepaskan rembatan yang amat deras tanpa mampu disentuh penjaga 
gol.Gol tersebut membakar semangat pemain dan penonton dan usaha untuk menambah 
gol berhasil apabila Azlan yang sebelum ini terlepas peluang menjaringkan gol 
apabila sepakan percumanya hanya beberapa inci melewati tiang,mengawal bola 
dengan bijak sebelum melakukan sepakan plessing yang menarik ke penjuru gol ATM.
 
Gegak-gempita SSM4 dengan gol tersebut.Selepas gol tersebut,Kelantan mula 
menguasai perlawanan dengan asakan ke pintu gol lebih banyak dijana oleh Suria 
dengan lorongan-lorongan kemas dari tengah yang diterajui Sarif Sainui dan 
Badri Radzi(Piya).Namun kebanyakan asakan berjaya dihalang pertahanan ATM yang 
diterajui pemain import.Dan beberapa insiden kekasaran keatas Suria 
hampir-hampir mencetuskan pergaduhan tetapi bijak dikawal pengadil.Kedudukan 
2-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua agak berbeza dengan Kelantan terlebih dahulu mengasak 
melalui Sairozi yang hampir-hampir menambah gol ke-3 Kelantan,tetapi sepakan 
kencangnya berjaya ditepis penjaga gol ATM walaupun tidak sempurna 
tepisannya.Bermula dari situ,Kelantan mengasak bertalu-talu untuk mencari gol 
dengan Suria,Sairozi dan Azlan semakin ligat mencari ruang memecahkan 
benteng.Beberapa kali Suria dan Piya berjaya meloloskan diri dari benteng 
ATM,namun penyudah yang kurang berkesan membantutkan gol ketiga yang 
ditunggu-tunggu.
 
Badri Radzi memperolehi peluang yang terbuka didepan pintu gol ATM tetapi 
sepakan kencangnya melepasi palang gol,Suria pula seolah-olah melepaskan geram 
apabila sepakan-sepakan yang kencang bagaikan peluru tidak menyinggah 
sasaran,adakala melepasi palang,ada pula sekadar meleret ditepi tiang.Dan gol 
ke-3 tiba jua apabila Piya bijak mencari ruang apabila lorongan Nik Ahmad 
Fadhli yang masuk menggantikan Zairul Fitri Ishak tepat kearahnya yang tanpa 
berlengah menahan kaki sahaja untuk bola bergolek masuk.Pemain-pemain ATM 
membantah kerana mengatakan gol tersebut ofsaid tetapi sebaliknya dihadiahkan 2 
kad kuning kerana membantah keputusan pengadil.
 
Selepas gol ke-3,kelantan beberapa kali mengasak lagi dan Suria mencetak 
namanya sebagai penjaring gol ke-4 apabila sepakan kencang leretnya tak 
tertahan oleh penjaga gol ATM pada minit ke-88.Dan gol tersebut bagaikan sudah 
cukup buat bekal Kelantan untuk ke Lumut nanti.

Dari gambaran perlawanan tadi,ternyata Kelantan mahu muncul juara sekaligus 
mengesahkan tempat ke Liga Perdana 2006 serta bye pusingan awal Piala FA 2006 
dan wang kemenangan RM50,000 buat habuan para pemain dan pegawai yang telah 
berjaya membentuk satu pasukan yang mantap,bukan sahaja 1st Eleven tetapi sub 
juga boleh diharap.Terima kasih tak terhingga kepada Cikgu Lah kita,Kelate4life 
dan Penzikirmalam yang turun padang bersama-sama saya semalam.Semoga kita buleh 
jumpa lagi..Kalu ada salah tulong betul deh...

Keeper:Halim
Defence:Khairan Eroza,Haruna,Zairul Fitri(Nik Ahmad Fadhli),Sarudi
Midfield:Sarif Sainui,Badriradzi Rodzi,Sairozi Daud(Mat Ju) dan sore lagi
Attacker:Suria,Azlan(Faizal Abdullah)

Layangan Kad Kuning:
Kelantan - 0
ATM - 5 
 
Berita Terkini dari www.kelate.net,
Perlawanan Separuh akhir antara Kelantan dan Tentera semalam di Stadium Sultan 
Muhammad Ke$.

Terimakasih kepada forummer www.kelate.net, Slices.

http://www.perakan.net/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=593&forum=20


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke