KOTA BHARU: Jabatan Perhutanan Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap
penyebaran iklan memaparkan dakwaan dua nama individu yang dikatakan mempunyai
hubungan baik dengan agensi itu dan boleh membantu mendapatkan konsesi balak di
negeri ini.
Pengarahnya, Dahlan Taha, berkata sebaran iklan mempelawa kontraktor pembalak
menggunakan khidmat mereka yang mendakwa mempunyai hubungan baik dengan
pengurusan dan kakitangan semua peringkat Jabatan Perhutanan.
Beliau berkata, Jabatan Perhutanan langsung tidak mempunyai kaitan dan tidak
mengenali dua individu yang nama mereka disiarkan menerusi sebaran iklan
terbabit.
"Setiap kontraktor, pembalak dan pelanggan kami boleh berurusan dengan
kakitangan jabatan pada Selasa dan Rabu bagi menyelesaikan sebarang urusan
mereka, manakala pada hari lain harus menerusi temu janji," katanya.
Dahlan berkata, berikutan itu pihaknya tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa
yang berlaku kepada mana-mana pihak yang berurusan dengan dua individu yang
nama mereka disiarkan itu.
Berdasarkan iklan yang disebarkan itu, dua individu berkenaan yang nama mereka
disiarkan itu didakwa sebagai pakar runding perundangan mengenai selok belok
projek pembalakan serta pakar pengurusan yang mempunyai hubungan baik dengan
semua lapisan pegawai di Jabatan Perhutanan Kelantan.
Dahlan berkata, tiada seorang pun pembalak memiliki hubungan istimewa dengan
kakitangan dan pegawai di jabatan berkenaan kerana semua urusan yang dibuat
berdasarkan piagam pelanggan sedia ada yang sudah ditetapkan.
Sementara itu, Nurul Rahimah Yusoff, 46, yang namanya tertera bersama nombor
telefon bimbit di dalam iklan terbabit ketika dihubungi mendakwa tidak tahu
menahu mengenai iklan berkenaan.
"Saya menafikan pembabitan dengan iklan itu. Ia adalah satu fitnah untuk
menjatuhkan perniagaan saya dalam bidang pembalakan," katanya yang berhasrat
membuat laporan polis berhubung siaran iklan itu.//Bha 15 Ogos
---------------------------------
Do you Yahoo!?
Read only the mail you want - Yahoo! Mail SpamGuard.
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/