KOTA BHARU: Ancaman tikus yang menghuni Pasar Siti Khadijah di sini, dijangka berakhir dalam tempoh tiga bulan lagi kerana setakat ini, sudah lebih 1,000 ekor makhluk perosak itu dibunuh sejak tiga minggu lalu. Tikus spesies Norway sebesar anak kucing itu ditemui mati akibat memakan makanan beracun yang dipasang sekitar pasar sejak kempen membanterasnya dilancarkan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) pada akhir Julai lalu.
Pengurus Depot Rentokil Initial, Kua Joo Shong, berkata pihaknya menjangka dalam tempoh tiga bulan dapat membunuh ribuan tikus pelbagai spesies terutama Norway yang dikesan merosakkan barangan peniaga pasar itu. Beliau berkata, pelbagai perangkap dipasang pada seluruh bangunan dan perkarangan pasar itu bagi memerangkap tikus mencit yang saiznya kecil tetapi liar serta sering menggigit makanan ringan milik peniaga. "Kita sudah menambah perangkap dan setakat ini sudah 500 dipasang di tingkat satu hingga tiga pasar itu selain sepanjang tepi bangunan bagi mempercepat tikus di situ mati," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.//Bha 15 Ogos __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
