KOTA BHARU: Pusat permainan snuker dan billiard akan dibenarkan beroperasi di
negeri ini mulai tahun depan selepas diisytiharkan sebagai kegiatan sukan dan
rekreasi.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri,
Takiyuddin Hassan, berkata pusat itu akan dikecualikan daripada lesen hiburan
mengikut Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan.
Beliau berkata, kerajaan negeri bersikap terbuka dalam memastikan penduduk
bandar ini dapat mengunjungi pusat hiburan seumpama itu selepas snuker dan
billiard diharamkan sejak lebih 10 tahun lalu.
"Bagaimanapun, pusat permainan snuker dan billiard itu perlu dalam keadaan
terang, terbuka dan cerminnya dapat dilihat jelas dari luar.
"Pusat berkenaan juga hanya tertakluk untuk mereka yang berusia lebih 18 tahun
ke atas manakala kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun tidak dibenarkan,"
katanya selepas merasmikan pusat hiburan keluarga di tingkat tiga, Pasar Raya
KB Mall, di sini, semalam.
Takiyuddin berkata, pusat permainan snuker dan billiard itu dijangka beroperasi
tahun depan dan setakat ini sudah dibincangkan dalam mesyuarat Exco untuk
kelulusan.//Bha 15 Ogos
---------------------------------
Yahoo! Mail
Stay connected, organized, and protected. Take the tour
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/