KOTA BHARU: Pencuri disyaki penagih dadah melarikan pintu besi kunci air bernilai RM3,000 untuk mendapatkan wang dalam kejadian di kawasan sawah Kampung Bechah Kelubi, Tok Uban, Pasir Mas, 2 Ogos lalu.
Bagaimanapun, laporan dibuat penduduk kampung berusia 71 tahun di Balai Polis Tok Uban, Pasir Mas, kira-kira jam 3.35 petang, kelmarin. Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Deputi Superintendan Mohd Shukor Sulong, berkata kehilangan pintu besi itu disedari penduduk kampung terbabit ketika pergi ke sawah untuk meninggalkan lembu peliharaan. Menurutnya, penduduk kampung terkejut apabila melihat pintu besi berkenaan berukuran kira-kira 1.2 meter didapati hilang dicuri. Berikutan itu, dengan kerjasama beberapa penduduk, gerakan mencari alat itu dilakukan. Ini kerana kegunaannya penting kepada petani untuk memudahkan pengaliran air ke sawah. Oleh kerana alat itu masih belum ditemui penduduk kampung terpaksa membuat laporan mengenai kejadian itu, katanya ketika dihubungi, semalam. Katanya, sebaik menerima maklumat, siasatan lanjut dilakukan untuk mengesan mereka disyaki melakukan kegiatan berkenaan. Beliau berkata, setakat ini pihaknya sudah mengenal pasti mereka disyaki berasal dari sekitar kampung terbabit dan tangkapan akan dilakukan pada bila-bila masa. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 379, Kanun Keseksaan kerana mencuri dan jika disabitkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda kedua-duanya, katanya. //HM 15 Ogos __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
