BAYANGKAN jika anda berdepan suasana begini jauh daripada hiruk-pikuk kebisingan kota dan mata pula tidak terlepas pandang melihat pepohon hijau.
Pada masa sama, bunyian unggas rimba dan telatah kanak-kanak dalam situasi gembira pula seolah-olah mengalunkan irama segar dan menceriakan. Yang pasti, suasana itu memberi gambaran betapa damainya jiwa jika berpeluang merasai suasana sedemikian. Justeru, untuk merasai sendiri nikmat itu, anda boleh berkunjung ke Hutan Lipur Jeram Linang di Pasir Puteh, Kelantan. Jeram Linang yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan kejernihan air bukit itu terletak kira-kira 16 kilometer dari pekan Pasir Puteh. Aliran air yang dingin, ditambah dengan keindahan pemandangan air terjunnya, sesuai dijadikan lokasi beristirahat, menenangkan fikiran dan mandi-manda untuk pelbagai peringkat umur. Suasana alam sekitarnya pula menyejukkan mata yang memandang kerana dilindungi pelbagai spesies pokok hutan. Mengambil kira faktor perjalanan ke kawasan itu, pengunjung turut berpeluang membeli pakaian dan buah-buahan segar seperti durian, manggis, rambutan dan duku (jika musim buah) dengan harga berpatutan apabila melalui pekan Pasir Puteh. Dari simpang masuk ke pusat perkelahan itu, pengunjung akan mula merasai bibit kedamaian jiwa yang diinginkan berikutan jalan disediakan dikelilingi pepohon hijau yang subur dan segar. Keseronokan mengunjungi Jeram Linang semakin terasa apabila tiba di pintu masuk yang dihiasi pintu gerbang kerana sudah kedengaran deruan bunyi air terjun, dan pengunjung diberi isyarat awal menandakan segala kemudahan di pusat perkelahan itu lebih daripada mencukupi menerusi papan tanda didirikan. Lebih menggembirakan, isyarat diberi tidaklah indah khabar daripada rupa kerana segala kemudahan disediakan memang ada dan boleh digunakan. Jika bimbang mengenai soal makanan dan minuman, ketepikan perasaan itu kerana ada 10 gerai makan yang menyediakan pelbagai makanan dan minuman. Kemudahan pondok rehat, tempat persalinan, tempat letak kenderaan, tandas dan surau pula menjanjikan keselesaan. Untuk kanak-kanak, kunjungan mereka pasti meninggalkan kenangan manis kerana di kawasan perkelahan itu turut disediakan kemudahan taman permainan dan gelongsor air. Selain kawasan bersih, kolam khas untuk kanak-kanak mandi manda turut disediakan, menjadikan ia antara tempat paling digemari ibu bapa bersama anak bersantai pada hujung minggu. Pada masa sama, kawasan itu juga sesuai untuk mengadakan kegiatan perkhemahan dan riadah kerana lokasinya luas dan lapang. Seperkara menarik mengenai Jeram Linang, pengunjung turut berpeluang melihat haiwan seperti arnab, ayam hutan dan pelbagai spesies burung seperti merpati, nuri dan merak di zoo mini yang didirikan berhampiran kawasan tumpuan perkelahan pengunjung.//HM 14 Ogos __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
