PASIR PUTEH: Seorang penguat kuasa wanita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan parah dirempuh sebuah kereta dinaiki tiga lelaki disyaki pengedar dadah yang memboloskan diri dalam sekatan di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi di Jalan Kampung Lepah dekat Selising itu, Penolong Pegawai Penguat kuasa JPJ Maimun Mohamad, 39, retak tulang rusuk serta patah tulang punggung. Sebelum kejadian itu, Maimun bersama sepasukan penguat kuasa JPJ Kelantan sedang menjalankan operasi sekatan jalan raya di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat Bukit Yong, kira-kira jam 9 pagi. Ketika itu, sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki membuat pusingan U sebelum melarikan diri sebaik menyedari sekatan JPJ di laluan itu. Berikutan itu, sepasukan anggota JPJ termasuk Maimun yang menaiki beberapa kenderaan peronda, mengejar kereta berkenaan yang cuba melarikan diri dengan melalui beberapa jalan kampung. Bagaimanapun, kereta yang dinaiki kumpulan lelaki itu terperangkap di Jalan Kampung Lepah apabila penguat kuasa JPJ berjaya menghalang laluannya. Ketika Maimun turun daripada kenderaannya, secara tiba-tiba pemandu kereta terbabit memecut melalui laluan sempit tempat mangsa berdiri dan merempuhnya hingga tercampak dan cedera parah. Kejadian itu kemudian dilaporkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Pasir Puteh sebelum JPJ dan polis melancarkan gerakan mengesan kenderaan bernombor pendaftaran, TAJ 4309, itu. Kereta terbabit kemudian ditahan penguat kuasa JPJ dan polis di kawasan Jalan Kampung Permatang Rambai kira-kira jam 1 tengah hari selepas ia dikatakan tersangkut apabila terbabas ke parit. Pemandu kereta itu ditahan tetapi dua rakannya sempat melarikan diri. Pemeriksaan kemudian menemui sejumlah dadah yang dibawa bersama dalam kenderaan itu. Pemandu dan keretanya yang mengalami pelbagai kerosakan ketika melarikan diri itu kini ditahan di Balai Polis Selising, untuk siasatan lanjut. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Azman Ayob, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu serta tangkapan yang sudah dilakukan itu. Sementara itu, Maimun yang sudah berkhidmat dengan JPJ sejak lebih 10 tahun lalu, dikejarkan untuk rawatan kecemasan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Pengarah HUSM, Dr Zaidon Kamari, ketika ditemui selepas meninjau rawatan terhadap mangsa, berkata ibu lima anak itu kini dalam keadaan stabil tetapi diletakkan bawah pengawasan rapi. Beliau berkata, akibat kejadian yang berlaku, mangsa mengalami kecederaan parah dengan tulang rusuk kirinya retak, manakala tulang punggungnya pula patah.//Bha 16 Ogos __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
