KOTA BHARU 17 Ogos - Seorang lelaki yang merempuh anggota penguat kuasa Jabatan 
Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Maimun Mohamad, 39, di Selising Pasir Puteh, 
pada Isnin lalu akan didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supritendan Azman Ayob berkata, selain 
itu lelaki tersebut yang ditahan beberapa jam selepas kejadian berkenaan turut 
akan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 berikutan penemuan 26 biji pil 
kuda serta satu botol heroin ketika pemeriksaan dilakukan.

``Lelaki itu yang ditahan di Permatang Rambai Selising kini direman selama 10 
hari sejak Isnin lalu bagi membolehkan siasatan lanjutan dijalankan,'' katanya 
ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia sebagai mengulas perkembangan 
siasatan kejadian Penolong Pegawai Penguat Kuasa JPJ Negeri, Maimun dirempuh 
sebuah kereta yang melarikan diri dari sekatan jalan raya di Bukit Yong Pasir 
Puteh. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa cedera parah pada bahagian 
belakang badan kerana dirempuh kenderaan jenis Nissan Sentra yang dinaiki tiga 
lelaki ketika cuba menahan mereka di Jalan Kampung Lepeh, Selising.

Sebelum kejadian, kenderaan terbabit dikatakan merempuh sekatan jalan raya yang 
dilakukan sekumpulan anggota penguat kuasa JPJ di Bukit Yong sebelum suspek 
melarikan diri ke arah Selising.

Bagaimanapun salah seorang daripada mereka berjaya ditahan di Permatang Rambai 
manakala dua lagi masih bebas.

Azman berkata, ketika ini gerakan memburu dua lagi rakan lelaki tersebut sedang 
dijalankan.//UM
********************************************

perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Re: [perakan] Penguat kuasa JPJ parah dirempuh

PASIR PUTEH: Seorang penguat kuasa wanita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 
Kelantan parah dirempuh sebuah kereta dinaiki tiga lelaki disyaki pengedar 
dadah yang memboloskan diri dalam sekatan di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi di Jalan Kampung Lepah dekat Selising 
itu, Penolong Pegawai Penguat kuasa JPJ Maimun Mohamad, 39, retak tulang rusuk 
serta patah tulang punggung.

Sebelum kejadian itu, Maimun bersama sepasukan penguat kuasa JPJ Kelantan 
sedang menjalankan operasi sekatan jalan raya di Jalan Kota Bharu-Kuala 
Terengganu dekat Bukit Yong, kira-kira jam 9 pagi.

Ketika itu, sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki membuat pusingan U sebelum 
melarikan diri sebaik menyedari sekatan JPJ di laluan itu.

Berikutan itu, sepasukan anggota JPJ termasuk Maimun yang menaiki beberapa 
kenderaan peronda, mengejar kereta berkenaan yang cuba melarikan diri dengan 
melalui beberapa jalan kampung.

Bagaimanapun, kereta yang dinaiki kumpulan lelaki itu terperangkap di Jalan 
Kampung Lepah apabila penguat kuasa JPJ berjaya menghalang laluannya. 

Ketika Maimun turun daripada kenderaannya, secara tiba-tiba pemandu kereta 
terbabit memecut melalui laluan sempit tempat mangsa berdiri dan merempuhnya 
hingga tercampak dan cedera parah.

Kejadian itu kemudian dilaporkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Pasir 
Puteh sebelum JPJ dan polis melancarkan gerakan mengesan kenderaan bernombor 
pendaftaran, TAJ 4309, itu.

Kereta terbabit kemudian ditahan penguat kuasa JPJ dan polis di kawasan Jalan 
Kampung Permatang Rambai kira-kira jam 1 tengah hari selepas ia dikatakan 
tersangkut apabila terbabas ke parit.

Pemandu kereta itu ditahan tetapi dua rakannya sempat melarikan diri. 
Pemeriksaan kemudian menemui sejumlah dadah yang dibawa bersama dalam kenderaan 
itu.

Pemandu dan keretanya yang mengalami pelbagai kerosakan ketika melarikan diri 
itu kini ditahan di Balai Polis Selising, untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Azman Ayob, ketika 
dihubungi mengesahkan kejadian itu serta tangkapan yang sudah dilakukan itu.

Sementara itu, Maimun yang sudah berkhidmat dengan JPJ sejak lebih 10 tahun 
lalu, dikejarkan untuk rawatan kecemasan ke Hospital Universiti Sains Malaysia 
(HUSM).

Pengarah HUSM, Dr Zaidon Kamari, ketika ditemui selepas meninjau rawatan 
terhadap mangsa, berkata ibu lima anak itu kini dalam keadaan stabil tetapi 
diletakkan bawah pengawasan rapi.

Beliau berkata, akibat kejadian yang berlaku, mangsa mengalami kecederaan parah 
dengan tulang rusuk kirinya retak, manakala tulang punggungnya pula patah.//Bha 
16 Ogos


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke