KOTA BHARU, 15 Ogos - Sikap toleransi dan pemuafakatan pelbagai kaum di
Kelantan dapat dibuktikan apabila amalan kebudayaan, pertuturan dan cara
berpakaian masih kekal dipraktikkan sehingga sekarang.
Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancang Ekonomi, Kewangan dan
Pembangunan Masyarakat, Haji Husam Musa berkata, model perpaduan kaum masih
dipertahankan di negeri ini sehingga sekarang.
Bukti yang lebih jelas dapat dilihat semasa tercetusnya rusuhan kaum pada 13
Mei 1969 rakyat Kelantan dari pelbagai kaum masih mampu hidup dalam suasana
aman dan damai.
Bahkan aspek pemerintahan dan pentadbiran negeri ini sering dirujuk pihak
Kuala Lumpur mengenai resepi perpaduan kekal yang kekal utuh di Kelantan biar
pun berlaku peristiwa rusuhan kaum di tempat lain, katanya di sini, baru-baru
ini.
Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan ketika itu mengarahkan supaya rakyat
menjaga perpaduan di samping mengingatkan mereka kepentingan hidup
bertoleransi.
"Alhamdulillah, hasrat itu disambut baik anggota masyarakat Kelantan dari
pelbagai kaum, bahkan dalam Islam sendiri kita berasal dari satu keluarga yang
semuanya berasal dari Nabi Adam," katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, sambutan Bulan Kemerdekaan ke-48 dan
kempen mengibar jalur gemilang turut diadakan di negeri biar pun ditadbir
pembangkang.
Kerajaan negeri difahamkan telah mengatur beberapa program sempena sambutan
tersebut yang bermula 17 Ogos ini, di mana diadakan majlis Pelancaran Bulan
Kemerdekaan Ke-48 dan Kempen Kibar Jalur Gemilang.
Pelbagai acara disusun antaranya paluan rebana ubi, pertunjukan silat seni tari
dan deklamasi sajak di Padang Merdeka. Manakala pada 26 Ogos program solat
hajat dan doa selamat akan diadakan di Masjid Muhammadi.
Majlis Sambutan Ambang Merdeka dengan pertunjukan bunga api, pidato
kemerdekaan, dikir barat, persembahan kebudayaan kaum Siam, adat resam Orang
Asli dan paluan gendang kaum Tionghua akan diadakan di Stadium Sultan Muhamad
Ke-IV pada 30 Ogos bermula jam 8 malam.
Upacara kemuncak pada pagi 31 Ogos akan berlangsung dengan upacara perbarisan
dan perarakan kemerdekaan di sekitar bandar Kota Bharu. Majlis Penutup sambutan
Bulan Kemerdekaan akan diadakan pada 16 September depan.//hrkh
---------------------------------
Start your day with Yahoo! - make it your home page
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/perakan/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/