KOTA BHARU, 15 Ogos - Apabila disebut tilawah al Quran, tentunya ramai kagum 
dengan kemampuan qari-qari dari Kelantan mengungguli pertandingan tersebut 
sehingga bergelar johan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 

Kemampuan mereka dihormati kerana dapat menguasai dengan baik pembacaan al 
Quran termasuk lagu-lagu tarannumnya. 
Oleh itu bagi memastikan kecemerlangan itu terus kekal, Kolej Islam 
Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) akan mengadakan Ihtifal Lagu-Lagu 
Tarannum sempena Hari Konvokesyennya bermula 8 September depan. 
Program julung kali diadakan itu dianjur Persatuan Mahasiswa Kolej Islam 
Antarabangsa Sultan Ismail Petra (PMKIAS) dengan kerjasama pentadbiran Kias. 
Program lain yang diadakan termasuk diskusi srikandi, kem kecemerlangan solat, 
forum kemerdekaan dan malam gema belia Kelantan. Aktiviti tersebut akan 
diadakan selama tiga hari di kampusnya di Nilam Puri. 
Menurut jurucakap Hari Terbuka Kias 2005 program terbabit akan diisi dengan 
aktiviti berbentuk kemasyarakatan, karnival jualan, sukan rakyat dan rawatan 
kesihatan percuma. 
Katanya, program menarik lain yang diadakan termasuk pertandingan bola sepak 
antara pelajar institusi pengajian tinggi di Kelantan, pertandingan nasyid 
terbuka, khat dan kaligrafi Cina, 'si comel pintar' melukis, bercerita dan 
nasyid kanak-kanak. 
Selain dari itu, diadakan pameran mengenai seni Kaligrafi Islam, pameran 
pasukan polis, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara dan pameran 
mengenai tokoh-tokoh ulama silam.//hrkh



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke